Posts Tagged windows 7
Windows 7

Antara snapshot windows 7 ni
Microsoft sekali lagi akan mengeluarkan windows terbarunya yang dipanggil windows 7. Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa dinamakan windows 7. Bunyinya tak menarik langsungkan? Sebenarnya windows 7 ini dinamakan sedemikian kerana ini adalah Windows Operating System yang ke-7 dikeluarkan oleh Microsoft. Windows ini pada asalnya di berikan nama kod Blackcomb dan Vienna dan dikatakan mengambil masa 3 tahun untuk disiapkan. Tapikan, korang rasa kn betul ke akan dikeluarkan tepat tarikhnya. Windows vista dulu pun kuar lewat 1 tahun.
Dah kuar tu pun banyak lak masalah. Mengikut sejarahnya Windows 7 codename Blackcomb ni sebenarnya nak di keluarkan pada tahun 2005 dengan upgrade sistem carian dan menggunakan fail sistem baru iaitu WinFS (sekarang NTFS) bagi menggantikan WinXP. Tetapi ada banyak masalah dan terpaksa ditunda. Tahun 2003 plak Windows Longhorn di bina dan banyak kelebihan-kelegihan untuk Blackcomb dimasukkan kedalam Longhorn termasuklah WinFS. Tetapi lepas tahun 2003 plak 3 virus hebat keluar Blaster, Sobig, dan Welchia dan Windows Longhorn pulak terpaksa ditangguhkan kerana bagi menumpukan kepada membuat service pack untuk windows XP.
Tahun 2004 Windows Longhorn telah ditukarkan nama kepada Windows Vista dan pembangunannya siap pada 8 November, 2006. Tahun 2006 Windows Vista dan direleasekan kepada umum pada 30 January , 2007. Windows vista dikeluarkan lebih 5 tahun selepas windows sebelumnya iaitu windows XP dan jarak masa paling lama bagi versi windows yang pernah dikeluarkan.
Mike Nesh, Timbalan president pengurusan produk Microsoft’s berkata:
Keputusan menggunakan nama Windows 7 adalah kerana ianya mudah digunakan. Hanya perlu ingat ini adalah Windows keluaran kali ke-7 dan penggunaan nama windows 7 memang bertepatan.
Bill gates, President Microsoft Corporation berkata:
Windows 7 dibina di atas platform Windows Vista dan ini dapat menyelesaikan masalah kesesuaian perisian daripada windows vista kepada windows 7 kerana platform yang sama
Ini bermakna Windows 7 bukanlah windows yang baru sepenuhnya tetapi penambahbaikan keatas windows Vista ataupun lebih tepat dikatakan seperti Vista Service Pack. Dari segi antaramuka (interface), Windows 7 masih menggunakan antaramuka windows vista. Jadi pengguna janganlah mengharapkan perasaan yang baru kepada antaramuka windows 7.
Sistem yang baru dikatakan terdapat dalam Windows 7 adalah penambahbaikan dalam sesentuh, suara, pengenalpastian penulisan tangan, support cakera keras maya (virtual hard disks), panambahbaikan kelajuan bagi yang menggunakan multi-core processor, penambahbaikan prestasi boot dan penambahbaikan kernal (nadi bagi sesuatu OS).
Mengikut TG Daily Milestone bagi Windows 7 adalah menyokong sistem yang menggunakan graphic card daripada vendor yang berbeza, Windows Media Player yang baru, Windows Explorer, Windows Media Center, Penambahbaikan media, dan calculator yang dibina mengandungi programmer dan funsi statistic dan penukaran unit dan banyak lagi features2 yang dikatakan akan dimasukkan.
Beta bagi windows 7 dijangka akan dikeluarkan pada tahun 2009. Dan windows sebenar dijangka akan dikeluarkan pada 3 jun 2009. Sama-samalah kita nantikan bagaimanakah windows baru ini nanti.





Recent Comments