Posts Tagged IP

Menukar IP Computer

Internet Protokol @ IP adalah alamat sesebuah komputer di dalam rangkaian internet atau intranet. IP ini akan menentukan dimanakah sesuatu maklumat harus dicapai atau dihantar. Seperti alamat rumah biasa, IP adalah UNIK. Bermakna tiada dua orang boleh menggunakan IP yang sama.  Contoh IP adalah 72.25.1.26 ataupun lebih mudah diingati adalah http://www.google.com. Itu adalah IP bagi server google.com.

IP biasanya boleh diperolehi daripada Dynamic Host Configuration Protocol(DHCP) server. Apabila sesebuah komputer atau alat elektronik yang disambungkan ke dalam rangkaian, DHCP server secara automatik akan memberikan IP kepada peralatan tersebut.

Pada masa-masa tertentu, anda mungkin ingin menukar sendiri no IP ini atas sebab-sebab tertentu seperti untuk membuat Intranet ataupun rangkaian dalaman yang tidak disambungkan ke internet seperti bermain game LAN Counter Strike, Warcraft dan berbagai lagi game yang memerlukan rangkaian dalaman tanpa sambungan internet.

Menukar IP:

1) Pergi ke Start> Control Panel

2) Pilih Network & Internet Connection

3) Pilih Network Connection

4) Klik kanan dan pilih properties pada local area connection atau wireless connection

5) Di bawah this connection use the following items, turun ke bawah sehingga jumpa Internet Protocol (TCP/IP) dan double klik pada link tersebut

6) Di bawah tab general, pilih use the following IP address dan masukkan IP address yang anda inginkan. Gunakan subnet mask yang sama bagi rangkaian tersebut. kotak yang lain biarkan kosong dan tekan butang ok.

7) sekarang anda dapat lihat yang IP anda sudah berubah mengikut IP yang anda masukkan

, ,

No Comments