Posts Tagged email
Hati-hati membeli tepung gandum
Daripada: Saiful Anuar <anuar_ambg[at]yahoo. com>
Kepada: 05e <05e_dagang[at]yahoogro ups.com>
Dihantar: Sabtu, 31 Januari, 2009 5:37:21
Subjek: [Kelakar] Tepung gamdum??
Hidup lebih sihat tanpa tepung gandum putih (bleached). Beberapa bulan kebelakangan ini saya memang tersangat sibuk dan memenatkan. In sya-Allah hujung November saya dapat berehat dan dapat menulis lebih banyak artikel. Dua hari lepas alhamdulillah saya dan isteri dapat berkunjung ke rumah kakak sulung saya.
Kakak saya ini sudah uzur maklumlah usia sudah melebihi 60 tahun. Abang ipar saya sudah berusia 68 tahun tetapi alhamdulillah kelihatan masih segak. Kakak dan abang ipar saya ini tinggal di Felda dan menjalankan kedai runcit di hadapan rumahnya. Dalam kunjungan saya kali ini, saya terserempak dengan satu pasangan yang juga bertamu ke rumah kakak saya ini. Pasangan ini dari kalangan orang berada berjawatan besar dan memandu
kereta mewah.
Apa yang ingin saya ceritakan di sini ialah berkenaan tetamu sang suami. Sang suami yang saya namakan Mr Y ini adalah orang penting di salah sebuah kilang pengeluar tepung gandum. Dengan kesempatan yang diberikan Allah SWT ini, saya mengambil peluang untuk bertanya berbagai soalan berkenaan tepung gandum.. Maklumat pertama yang saya perolehi dari Mr Y ini ialah bahawa tepung gandum bersubsidi adalah dari jenama Cap Kunci yang boleh dibeli di pasaran dengan harga sekitar RM1.45 manakala tepung dari jenama lainnya adalah tidak bersubsidi dan dijual pada harga sekitar RM2.80.
Apa yang saya ingin kemukakan sebagai satu persoalan ialah mengapakah rakyat marhaen tidak berpeluang untuk membeli tepung Cap Kunci ini?
Pekedai terutama pekedai kecil yang memerlukan tepung Cap Kunci untuk membuat roti canai juga menghadapi masalah besar untuk mendapatkannya di
pasaran. Agaknya siapakah yang berjaya membeli tepung Cap Kunci ini??
[Email] Belajar 2x lagi cepat
Meng Keong baru tiba dari Selatan China . Dia bercadang untuk belajar bahasa tempatan dengan segera supaya mudah baginya untuk berkomunikasi dengan rakyat tempatan. Dia kesebuah kedai buku dan menemui sebuah buku bertajuk “Belajar Bahasa Melayu dalam masa sebulan sahaja”. Dia lantas mengambil dua buah buku itu. Taukeh kedai itu bertanya kepadanya
Tauke : “Kenapa ambil dua buku yang sama? Satu lagi buku ini, untuk kawan awakkah?”
Meng Keong : “Ohh tidak, Saya cuma mahu mempelajarinya dalam masa dua minggu sahaja”.
Recent Comments