Archive for category Uncategorized
Pengakhiran Kursus Infosys 2009
Posted by Haziri in Uncategorized on July 6, 2009
Berakhirlah sudah program Infosys anjuran Infosys India dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Program yang mengambil masa 2 bulan telah berakhir dengan jayanya. Keseluruhan program adalah menyeronokkan. Ini adalah sedikit gambar sepanjang program berlangsung. Yang selbihnya mungkin akan diuploadkan ke Facebook.
Program Infosys - day 7
Posted by Haziri in Uncategorized on May 17, 2009
Hari ini adalah hari ketujuh bagi program Infosys anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Syarikat Infosys. So, what i am i thinking about this program so far? One word can descripe it till this day.. “Great!!”. Program Softskill nyer memang sangat seronok dan penuh informasi. Sekarang, saya tahu banyak mengenai dunia korporat, bagaimana untuk berpakaian, bagaimana untuk menarik perhatian orang dan tak kurang juga penting bagi kita untuk tahu apa yang elok untuk dipakai.
Ini adalah bukan program berasaskn kelas, ini adalah program membuatkan anda berfikir. Berfikir apakah kesinambunganya dengan kehidupan seharian anda. Kalau korang nak tengok gambar, nanti saya akan masukkan. Ini adalah hari terakhir bagi slot softskill. Esok adalah permulaan bagi program teknikal. Belajar bagaimana untuk membina program.
Lagu Hidupku
Posted by Haziri in Uncategorized on February 19, 2009
Hari ini aku berjalan di tepi pantai.. Berjalan sendirian menikmati alam ciptaan tuhan.. Merasai lembutnya tiupan angin pantai membelai, menyentuh kulitku. Aku berhenti seketika, memandang dalam ke arah laut. Menunggu munculnya sesuatu.. Tetapi apakah yang bakal muncul dari perutmu wahai sang laut.. Apakah engkau sembunyikan segala khazanahmu? Kecantikan mu bukan lah diluar. Kecantikanmu tersembunyi di dalam mu. Keindahan yang tidak dapat ku nikmati setiap masa. Apakah manusia itu juga begitu? Menyembunyikan kecantikan dan ketulusan hatinya dari pandangan mereka yang rakus. Tetapi bagaimanakah bisa ku lihat kecantikan itu? Bagaimana ingin ku nilai ketulusan itu jika kau lindunginya dengan kebencian..
Angin bertiup lagi.. lembut.. sejuk.. sambil berbisik ditelingaku. “Mengapakah engkau seorang diri?. Tidakkah engkau punyai teman bagi menemanimu?”.
Aku tersentak!!. Sang Sunyi yang sejak tadi hanya memandangku dari jauh berlari pantas kearah ku membukakan kedua tangannya seperti ingin memelukku. Apakah patut ku elak pelukannya. Atau apakah aku ingin dipeluknya? Aku pasrah.. Aku hanya mampu melihat ia datang. Memelukku erat.. Pelukan yang amat dingin kurasakan.. Menusuk tajam ke tulang-tulangku.. Angin masih setia menunggu jawapanku. Alam turut diam. Menunggu jawapan kepada soalan yang aku sendiri tiada jwapannya. Sunyi pula membisik kata-kata lembut ketelingaku. Memujukku mengendahkan bisikan sang angin. Pekakkan telingaku supaya daku boleh lupakan segala-galanya.
Tapi bagaimana bisa aku lupakan segalanya? Sedang Kenangan berlari-lari riang didepanku.. Daku kaku dan tidak mampu mengarahkan otot-otot kakiku bergerak pergi. Pergi jauh dari tempat permainan kenangan. Ku hanya mampu memerhatikan kenagan bermain. Kenangan tetiba berdiri diam. Memandangku sayu seperti memahami perasaanku yang mula menitiskan air mata.. Aku tunduk melihat pasir yang memutih dan seputih itu jugalah kulitmu..
p/s: Sambung sendiri.. Hahaha…
First day working as operator
Posted by Haziri in Uncategorized on February 13, 2009
Well.. xtahu la tajuk tu sesuai ke tak tapi ble sebut operator jek suma orang pasti terbyang mcam gambar kat atas kan? Walaupun bukan operator betul yang tunggu orang call pjabat, tapi masih lagi kerja menggunakan telefon. Yup telefon cari sponsor.. Actually an intersting job. Kita akan bercakap dengan orang yang tak dikenali hanya melalui telefon, so xleh la nk wat muka comel supaya dia selesa dengan kita. Kena pandai berkata-kata. Jangan sikap cakap sudah..
Sekarang kena kerja keras sikit sebab semester depan sambung satu sem lagi. Mungkin akan kerja diluar UMP kot. Cari pengalaman kerja supaya boleh bukak kedai sendiri. Korang prefer mana? kerja makan gaji ke kerja makan nasi? erm…
Kerja makan gaji ni tetap tiap-tiap bulan gaji masuk. Tapi, kena la tahan kna marah dengan bos, nak mintak cuti susah, gaji rendah, tiap-tiap hari kena masuk ofis ngadap kerja or pelanggan.. Atau pun korang nk kerja sendiri. Bukak bisness sendiri.. Yup!! that’s what i’am going to do.. Going to run my own bisness.. Kerja lebih fleksibel. Nak cuti bila-bila masa pun boleh. Rasa-rasa macam nak g melancung tu, suruh pekerja jaga or tutup terus kedai then fly ngan firefly ke mana-mana destinasi.
Apa-apa pun terpulang pada diri sendiri. Kerajaan melalaui kementerian keusahawanan dah banyak bagi kemudahan untuk rakyat Malaysia berniaga. Hanya anda yang pilih nak ambil atau tak.. Macam iklan U-Mobile tu, “Anda tentukan…”
pst:: Mengarutkan post ni. Lantak la..
Orang Perempuan Suka Cakap Macam Ni…
Posted by Haziri in Uncategorized on February 12, 2009
Ini adalah entri daripada blog khai. Saya rasakan post ini agak menarik dan korang patut usha..
Saya sokong 100% apa yang ditulis mengikut pengalaman hidup selama 23 tahun dan penglaman bergaul ngn dak2 pompuan ni… Hahaha..
FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai hanya akan membawa anda berdua bergaduh.LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah keluar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.TAKDE APA-APA
Ini bermakna “something” dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama ‘LIMA MINIT’ dan diakhiri dengan ‘FINE’.
We were once happy
Posted by Haziri in Uncategorized on February 9, 2009
We were once happy
You were once in love with me
I’m still in love with you
You were once loyal to me
I’am still loyal to you
You were once always replying my SMSes happily
I’am still happy to sms you Read the rest of this entry »
Bosan + Letih
Posted by Haziri in Uncategorized on February 2, 2009
Jam telah menunjukkan pukul 2:58 pagi waktu Malaysia. Mata ni masih tidak boleh ditutup.. nth kenapa malam ni rsa sunyi.. rsa bosan.. rsa letih.. tapi bukanlah letih fizikal. mungkin mental yang letih.. terlalu banyak berfikir. Nth apa yang difikirkan diri sendiri pun tak tahu..
Apakah sebab assignment berlambak yang belum disiapkan? mungkin juga tapi ada sesuatu yang lain. Diriku kesunyian. Daku perlukan teman berbicara. Siapakah yang online skype? Semuanya bukanlah teman bicaraku.. Read the rest of this entry »
Selamat Bercuti Pertengahan Semester
Posted by Haziri in Uncategorized on January 24, 2009
Selamat bercuti diucapkan kepada semua teman-teman seperjuangan..
Email - Kalau & Jika suami
Posted by Haziri in Uncategorized on January 16, 2009
KALAU SUAMI
Kalau suami mula berahsia..
Itu tandanya dia tak setia
Kalau suami meninggi suara
Itu tandanya dia dah ada mak we
Kalau suami mengaku bujang tua
Itu tandanya dia nak ngurat anak dara
Kalau suami selera tak ada
Itu tandanya dia nak pasang dua
Kalau suami lambat balik aje
Itu tandanya dia dah syok kat deparment dia
Kalau suami tidur di ruang tamu
Itu tandanya dia dah jemu
Read the rest of this entry »
Bagaimana download cerita dari tv3
Posted by Haziri in Uncategorized on November 13, 2008
Sekarang orang selalu sibuk so xsempat nk tengok tv cerita-cerita kegemaran di TV. Jangan risau kerana sekarang boleh tengok online cerita-cerita yang korang minat tu. Cuma tengok steaming xbest la kan asyik loading je.. So korang boleh download cerita-cerita tu kat CC then balik tengok kat rumah. Ini step2 nyer..
1) Buka website http://tv3.com.my
2) Pergi ke shows then pilih cerita yang korang nak tengok tu.
3) Pilih plak episod yang nak tengok.
4) Tengok kat bawah video tu ada link untuk korang share kat mana-mana kan? Copy link tersebut dan paste kat dalam notepad.
5) Tengok code tu dan cari dia tulis “.flv” dah jumpa copy link tu bermula dari http://……………flv
6) Paste link tu kat browser anda then tekan enter.
7) Download box akan kuar then pilih save.
So sekarang anda dah dapat download cerita tv3.
Note: Pastikan anda download FLV player untuk tengok cerita format FLV ni. Untuk download klik disini.





Recent Comments