Wa.. dah lama tak update blog ni. Sekarang sangat2 sibuk dengan PSM(Projek Tahun Akhir) sendiri dan kawan-kawan nyer. Ramai datang menuntut ilmu.. Apa yang termampu saya bantu, saya cuba yang mana tak dapat bantu mintak maaf kerana belum tahap saya lagi.
Saya tengok ramai betul komen pasal Ceramic dalam post yang lepas. Saya bukanla nak menghasut orang supaya jangan masuk Ceramic, tapi kita sama-sama berfikir. Kalau rsa betul, join la. Kalau was-was tu baik jangan. Apa yang kita makan akan menjadi darah daging sendiri. So biarla sumber tu datang dari sumber yang halal. Sama-sama kita menjaganya.
Kali ni saya nak ajak pembaca semua berfikir pasal satu lagi MLM yang top dimalaysia yang telah melahirkan ramai jutawan melayu. Saya rasa pembaca yang berminat join MLM ni mesti tak asing lagi dengan nama Hai-O Marketing yang memperkenalkan produk penapis air yang ditayangkan di TV3 dan juga pakaian dalam wanita sebagai produk tunjang perniagaan. Kepada sesiapa yang mempunyai pengalaman join tu boleh la komen kat cni. Kita kongsikan bersama-sama.
Hai-O ni mempunyai banyak group-group yang bergiat aktif menjalankan perniagaan dan mencari ahli. Ramai yang merungut kerana dikatakan ditipu untuk membuat pinjaman bank berpuluh ribu dan barang tidak terjual. So saya pun berpeluang berborak dengan salah seorang ahli Hai-O yang berpangkat DDM(Pangkat kedua tertinggi dari Kumpulan 369). Saya ajukan soalan ni kepada beliau. Sebenarnya, dalam Hai-O anda tidak diwajibkan untuk bermula dengan modal sehingga puluhan ribu. Anda boleh bermula dengan hanya RM100 sahaja. Tetapi bonus adalah sedikit. Jadi jika anda ingin mendapat bonus yang tinggi, bermulalah dengan modal yang besar. Tetapi jika anda tidak ada pengalaman atau takut tertipu atau tidak dapat menjual barang tu, mulakan dengan modal kecil. Jangan tamak untuk mengejar bonus besar jika anda tidak mampu dan belum mahir lagi selok belok perniagaan.
Tengah merancang untuk beli printer 3in1 baru kat PC fair. Printer sekarang tak berbaloi beli head baru. So ini adalah jadual PIKOM PC Fair bagi kali kedua tahun 2009.
31 July – 2 August 2009
- KL Convention Centre, Kuala Lumpur – Kuala Lumpur City Centre, 50888 Kuala Lumpur
- Village Mall, Sungai Petani – Kedah
- Dewan Perbandaran Taiping – Perak
- Batu Pahat Mall, Batu Pahat – Johor
7 August – 9 August 2009
- Penang International Sports Arena, Penang – Jalan Tun Dr Awang, 11900 Relau
- Mahkota Parade Melaka, Melaka – Jalan Merdeka, 75000 Bandar Hilir
- Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu – Sabah
- Berjaya Megamall, Kuantan – Pahang
13 August – 15 August 2009
- KB Mall, Kota Bharu – Kelantan
- Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu – Terengganu
14 August – 16 August 2009
- Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru – Jalan Abdullah Ibrahim, 80000 Johor Bahru
- Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak – Jalan Ghazali Jawi, 31400 Ipoh
Source :
Jayce Ooi’s Paradise

Jejaka-jejaka Infosys
Berakhirlah sudah program Infosys anjuran Infosys India dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Program yang mengambil masa 2 bulan telah berakhir dengan jayanya. Keseluruhan program adalah menyeronokkan. Ini adalah sedikit gambar sepanjang program berlangsung. Yang selbihnya mungkin akan diuploadkan ke Facebook.
Hari ini adalah hari ketujuh bagi program Infosys anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Syarikat Infosys. So, what i am i thinking about this program so far? One word can descripe it till this day.. “Great!!”. Program Softskill nyer memang sangat seronok dan penuh informasi. Sekarang, saya tahu banyak mengenai dunia korporat, bagaimana untuk berpakaian, bagaimana untuk menarik perhatian orang dan tak kurang juga penting bagi kita untuk tahu apa yang elok untuk dipakai.
Ini adalah bukan program berasaskn kelas, ini adalah program membuatkan anda berfikir. Berfikir apakah kesinambunganya dengan kehidupan seharian anda. Kalau korang nak tengok gambar, nanti saya akan masukkan. Ini adalah hari terakhir bagi slot softskill. Esok adalah permulaan bagi program teknikal. Belajar bagaimana untuk membina program.
Hari ini aku berjalan di tepi pantai.. Berjalan sendirian menikmati alam ciptaan tuhan.. Merasai lembutnya tiupan angin pantai membelai, menyentuh kulitku. Aku berhenti seketika, memandang dalam ke arah laut. Menunggu munculnya sesuatu.. Tetapi apakah yang bakal muncul dari perutmu wahai sang laut.. Apakah engkau sembunyikan segala khazanahmu? Kecantikan mu bukan lah diluar. Kecantikanmu tersembunyi di dalam mu. Keindahan yang tidak dapat ku nikmati setiap masa. Apakah manusia itu juga begitu? Menyembunyikan kecantikan dan ketulusan hatinya dari pandangan mereka yang rakus. Tetapi bagaimanakah bisa ku lihat kecantikan itu? Bagaimana ingin ku nilai ketulusan itu jika kau lindunginya dengan kebencian..
Angin bertiup lagi.. lembut.. sejuk.. sambil berbisik ditelingaku. “Mengapakah engkau seorang diri?. Tidakkah engkau punyai teman bagi menemanimu?”.
Aku tersentak!!. Sang Sunyi yang sejak tadi hanya memandangku dari jauh berlari pantas kearah ku membukakan kedua tangannya seperti ingin memelukku. Apakah patut ku elak pelukannya. Atau apakah aku ingin dipeluknya? Aku pasrah.. Aku hanya mampu melihat ia datang. Memelukku erat.. Pelukan yang amat dingin kurasakan.. Menusuk tajam ke tulang-tulangku.. Angin masih setia menunggu jawapanku. Alam turut diam. Menunggu jawapan kepada soalan yang aku sendiri tiada jwapannya. Sunyi pula membisik kata-kata lembut ketelingaku. Memujukku mengendahkan bisikan sang angin. Pekakkan telingaku supaya daku boleh lupakan segala-galanya.
Tapi bagaimana bisa aku lupakan segalanya? Sedang Kenangan berlari-lari riang didepanku.. Daku kaku dan tidak mampu mengarahkan otot-otot kakiku bergerak pergi. Pergi jauh dari tempat permainan kenangan. Ku hanya mampu memerhatikan kenagan bermain. Kenangan tetiba berdiri diam. Memandangku sayu seperti memahami perasaanku yang mula menitiskan air mata.. Aku tunduk melihat pasir yang memutih dan seputih itu jugalah kulitmu..
p/s: Sambung sendiri.. Hahaha…
Saya dapat link artikel yang saya rasakan menarik untuk dikongsi bersama anda. Artikel ini di ambil dari blog blogspot.com/ Saya tak dapat trace back spe author nyer so kalau anda adalah author contact me supaya saya leh letak kredit nama untuk anda. Oleh sebab takut blog ni hilang so saya pastekan keseluruhan artikel ni disini.
Sebelum tu nak tnya dulu, korang pernah join atau sedang join tak “bissness” ceramic ni? Sila gunakan pool kat tepi untuk jawab soalan ni. So korang percaya tak yang Ceramic Club ni sebenarnya skim cepat kaya? Memang betul ramai dah dapat untung tapi nama pun skim cepat kaya kn.
Artikel ini memang terpeinci dijelaskan pasal Program ni dan saya pun sebenarnya bersetuju dengan artikel ni sebab masa member-member promote dulu pun saya dah terfikir dah. Macam-mana syarikat ni leh jual ceramic tu setiap bulan dengan confirm akan dijual? Saya buat bisness topup so memang boleh la jual tiap hari sebab spe tak pkai handphone kna kat Universiti. Tapi kalau pinggan mangkuk orang beli setiap hari ke?
Well.. xtahu la tajuk tu sesuai ke tak tapi ble sebut operator jek suma orang pasti terbyang mcam gambar kat atas kan? Walaupun bukan operator betul yang tunggu orang call pjabat, tapi masih lagi kerja menggunakan telefon. Yup telefon cari sponsor.. Actually an intersting job. Kita akan bercakap dengan orang yang tak dikenali hanya melalui telefon, so xleh la nk wat muka comel supaya dia selesa dengan kita. Kena pandai berkata-kata. Jangan sikap cakap sudah..
Sekarang kena kerja keras sikit sebab semester depan sambung satu sem lagi. Mungkin akan kerja diluar UMP kot. Cari pengalaman kerja supaya boleh bukak kedai sendiri. Korang prefer mana? kerja makan gaji ke kerja makan nasi? erm…
Kerja makan gaji ni tetap tiap-tiap bulan gaji masuk. Tapi, kena la tahan kna marah dengan bos, nak mintak cuti susah, gaji rendah, tiap-tiap hari kena masuk ofis ngadap kerja or pelanggan.. Atau pun korang nk kerja sendiri. Bukak bisness sendiri.. Yup!! that’s what i’am going to do.. Going to run my own bisness.. Kerja lebih fleksibel. Nak cuti bila-bila masa pun boleh. Rasa-rasa macam nak g melancung tu, suruh pekerja jaga or tutup terus kedai then fly ngan firefly ke mana-mana destinasi.
Apa-apa pun terpulang pada diri sendiri. Kerajaan melalaui kementerian keusahawanan dah banyak bagi kemudahan untuk rakyat Malaysia berniaga. Hanya anda yang pilih nak ambil atau tak.. Macam iklan U-Mobile tu, “Anda tentukan…”
pst:: Mengarutkan post ni. Lantak la..
Ini adalah entri daripada blog khai. Saya rasakan post ini agak menarik dan korang patut usha..
Saya sokong 100% apa yang ditulis mengikut pengalaman hidup selama 23 tahun dan penglaman bergaul ngn dak2 pompuan ni… Hahaha..
FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai hanya akan membawa anda berdua bergaduh.
LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah keluar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.
TAKDE APA-APA
Ini bermakna “something” dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama ‘LIMA MINIT’ dan diakhiri dengan ‘FINE’.
Lihat sini>>>
We were once happy
You were once in love with me
I’m still in love with you
You were once loyal to me
I’am still loyal to you
You were once always replying my SMSes happily
I’am still happy to sms you
Pernah tak nampak popup error “Cannot delete file!” masa korang nak delete file atau cuba nk ubah file. Kebiasaannya kita perlu restart komputer terlebih dahulu kemudian barulah boleh file tersebut. Ini kerja yang sangat sukar. Bayangkan kalau korang cuba nk delete file dengan segera. takkan nk tunggu restart windows. Then camne lak kalau de banyak file yang nk delete.
Kenapa sebenarnya xleh nk delete file ni? Sebenarnya apabila kita run, baca, tulis atau guna sesuatu file dalam komputer, file tersebut akan dipegang oleh aplikasi tertentu dan menghalang file tersebut daripada di delete oleh user. Komputer akan mengambil masa untuk melepaskan file tersebut daripada aplikasi tertentu.
So ini adalah penyelesaiannya.. Aplikasi percuma Unlocker oleh Cedrick ‘Nitch” Collomb. Aplikasi ni sangat senang untuk digunakan dan paling penting free..
Ia bukan saja boleh digunakan untuk delete file yang tidak boleh di delete, tetapi juga boleh release external drive atau pendrive korang yang xleh nk eject.


Download : Unlocker 1.8.7
Website : http://ccollomb.free.fr/unlocker/