Kerosakan Program Reseller

Dahulu prgram MLM ni memang top. CNI memang nama yang dikenali kerana telah berjaya mengeluarkan jutawan-jutawan di Malaysia. Kemudian, kerana MLM ni dilihat cara yang sangat mudah bagi mendapatkan wang serta mempromosikan barang, semakin ramai syarikat menggunakan nama MLM sebagai modus operasi mereka.

Program yang sepatutnya sah disisi undang-undang dan agama telah di salah gunakan (Dirosakkan) dengan menjual barang-barang yang tidak berkualiti dan mengfokuskan kepada keuntungan semata-mata. Ahli-ahli yang menyertai di kaburi dengan kemewahan yang bakal dicapai dah kualiti produk sudah tidak menjadi agenda. Ramai yang berpusu-pusu melaburkan wang dan masa kerana menginginkan kemewahan yang di janjikan. Seperti biasa bila program yang dilaburkan itu tutup atau gulung tikar, sumpah seranah yang dilemparkan. Memang syarikat itu bersalah tetapi jika dilihat kembali, jika kita tidak tamak, perkara ini tidak akan terjadi.

Sekarang jika sebut MLM, orang sudah berkerut dahi. “hai, mamat ni nak cekau duit aku la ni”.. “Ish dia dah start nak promote dah. nyesal berborak”.. “Bosannyer aku cakap ngan mamat ni. Asyik-asyik citer pasal ni”… dan bermacam-macam lagi ucapan (di dalam hati) yang akan difikirkan oleh orang apabila anda sebut pasal MLM (mesti ada kaki). Kerosakan perkataan MLM ni telah menjadikan program seperti ini sudah tidak boleh diterima pakai lagi bagi membina perniagaa. Jika program MLM ni memang xelok, kenapa tertubuhnya Akta Jualan Langsung oleh kerajaan. Program yang sah telah di “nyah-sahkan” oleh orang-orang yang tidak bertanggung jawab dengan memperkenalkan skim2 cepat kaya yang berselindung di sebalik program MLM.

Program reseller mula mendapat tempat di hati rakyat malaysia yang ingin mencari pendapatan sampingan kerana tidak seperti MLM, anda membeli sesuatu barang dari syarikat asal dan tanpa menggunakan nama syarikat asal, anda boleh menjual produk tersebut dengan harga pasaran atau lebih tinggi dari harga pasaran. Di internet biasanya produk-produk digital (maya) banyak menyediakan program reseller seperti ebook, system, hosting dan sbg.. Seperti MLM, ramai yang ingin mencari duit mudah mengambil terma Reseller ini pula sebagai sasaran terbaru bagi mengaut keuntungan. Mereka mencari produk-produk percuma di internet atau produk berbayar (mungkin di download dari laman perkongsian secara tidak sah) sebagai produk yang boleh di jual semula. Sesetengah produk yang diberikan juga tidak berkualiti (kerana mereka memang tidak fokus kualiti). Matlamat mereka hanyalah sebagai mengaburi mata pembeli di mana mereka ada memberikan produk sebagai bayaran. Sesetengah pembeli juga tidak melihat apa yang diberikan( tidak membaca pun ebook diberikan) kerana fokus mereka juga sama. Mencari duit mudah di internet. Semakin banyak laman-laman web perosak program reseller tumbuh kerana peningkatan celik ICT yang meningkat di negara ini. Dengan menggunakan nama domain yang menjurus kepada apa yang mereka lakukan (duitmudah, rm10jer, rm30, sbg) menarik minat rakyat malaysia yang tidak kira halal haram asalkan dapat duit cara yang mudah. Sesetengah program ini hanya menggunakan tektik Money Gaming iaitu memutarkan duit kepada ahli-ahli yang terdahulu dari yuran ahli baru (seperti dalam program MLM yang tidak sah).

Pertumbuhan program-program yang tidak bermoral ini menyebabkan ramai orang(yang mengambil kira halal haram) takut mencari pendapatan di internet. Kerosakan terma-terma program menjana pendapatan ini akan merosakkan industri perniagaan internet di Malaysia yang dilihat semakin rancak (dengan kemuncilan ramai IM2 yang berjaya dengan cara yang betul).

Program affiliate yang kini antara program no 1 yang boleh diterima oleh rakyat Malaysia juga akan mengalami nasib yang sama tidak lama lagi. Dimanakah ankan berhentinya semua ini…

April 2, 2010 Posted Under affiliate, bisness, ebook, komputer, website

Leave a Reply