Ceramic Club Money Game?

Saya dapat link artikel yang saya rasakan menarik untuk dikongsi bersama anda. Artikel ini di ambil dari blog blogspot.com/ Saya tak dapat trace back spe author nyer so kalau anda adalah author contact me supaya saya leh letak kredit nama untuk anda. Oleh sebab takut blog ni hilang so saya pastekan keseluruhan artikel ni disini.

Sebelum tu nak tnya dulu, korang pernah join atau sedang join tak “bissness” ceramic ni? Sila gunakan pool kat tepi untuk jawab soalan ni. So korang percaya tak yang Ceramic Club ni sebenarnya skim cepat kaya? Memang betul ramai dah dapat untung tapi nama pun skim cepat kaya kn.

Artikel ini memang terpeinci dijelaskan pasal Program ni dan saya pun sebenarnya bersetuju dengan artikel ni sebab masa member-member promote dulu pun saya dah terfikir dah. Macam-mana syarikat ni leh jual ceramic tu setiap bulan dengan confirm akan dijual? Saya buat bisness topup so memang boleh la jual tiap hari sebab spe tak pkai handphone kna kat Universiti. Tapi kalau pinggan mangkuk orang beli setiap hari ke?

Korang pernah tefikir ke kenapa syarikat suruh tunggu sebulan baru leh cashkn satu check? sebab nk tunggu dapat duit dari orang baru la. Banyak sistem pelaburan di internet sekarnag ni guna cara ni. Tunjukkan satu produk untuk kaburi mata pihak berkuasa dah orang ramai. Dan orang yang masuk tu pun sbnarnya bukan nk sgt produk tu. Sebab dia dah baca pelan cmne nk dapat duit mudah. So aim dia nk dapat duit jek. Anyway korang baca la sendiri dan nilaikan sendiri betul ke tak..

psst: Kredit kepada tuan punya artikel..

=====================================================

Assalamualaikum / Selamat Sejahtera,

Sekarang ini banyak di internet yang mengiklankan Ceramic Club ini. Saya juga banyak menerima email dan ajakkan secara face to face dari kawan-kawan untuk sertai ceramic club.

Setelah saya membuat kajian, bagi saya:

Ceramic Club ini adalah “Money Game” yang sedang bermain sorok-sorok dari Kementerian Perdagangan dan dari Bank Negara. Bila-bila masa sahaja boleh tertangkap. Berhati-hatilah.

Biasanya program ini hanya menunggu masa untuk dikenakan tindakan. Bila? Itu tidak pasti. Jika sesiapa sertai sekarang, mungkin berkesempatan untuk collect duit puluhan ribu tetapi jangan lupa, boleh berlaku juga jika anda sertai hari ini, esok akaun syarikat ini telah kena beku dengan Bank Negara. Jadi, fikirlah baik-baik.

Kenapa Ceramic Club ini dikatakan “Money Game”?

Ada banyak sebab Ceramic Club ini dikatakan money game, diantara 10 sebab ialah:

SEBAB 1:

Mari kita mengambil satu contoh penyertaan iaitu dengan nilai RM3,800.00. Dengan peyertaan ini, anda boleh ambil produk dan anda juga boleh untuk tidak mengambil produk. 95% peserta tidak mengambil produk kerana mahukan pulangan dari syarikat. Pulangan yang dijanjikan oleh syarikat ini ialah beberapa hari penyertaan anda, anda akan diberikan terus 3 chek dengan nilai RM1,500.00 setiap satu. Setiap bulan, anda hanya boleh tunaikan satu chek sahaja kerana syarikat berikan posdated cheqe. Ini bermakna, anda akan menerima RM1,500.00 x 3= RM4,500.00. Ini bermakna, anda untung RM4,500.00 – RM3,800.00 (modal)= RM700.00 dalam masa beberapa bulan tanpa anda membuat apa-apa pun.

Bagaimana syarikat bayar?

Habis Bulan Pertama: Anda dapat RM1,500.00. – Ini sebenarnya adalah wang anda sendiri yang anda bayar RM3,800.00 tadi. Syarikat bayar RM1,500.00 dan syarikat ada lagi RM2,300.00 duit anda yang dipegangnya.

Habis Bulan Kedua: Anda dapat lagi RM1,500.00 – Ini sebenarnya duit anda juga. Tadi syarikat pegang RM2,300.00 dan bayar lagi kepada anda RM1,500.00 maka syarikat ada lagi baki RM800.00.

Habis Bulan Ketiga: Anda dapat lagi RM1,500.00- Ini sebenarnya RM800.00 duit anda sendiri dan RM700.00 adalah ‘duit syarikat’.

Darimana syarikat dapatkan RM700.00 dan bonus-bonus lain (jika anda layak)?

RM700 adalah duit daripada ahli-ahli baru iaitu ahli yang baru sertai program ini. Ingat tak tadi, jika ahli baru, tunggu sebulan baru dia akan dapat 1st RM1,500.00. Syarikat pegang sepenuhnya RM3,800.00. Masuk bulan kedua, syarikat ada RM2,300.00. Masuk bulan ketiga, syarikat masih ada baki wang.

Beginilah proses pusingan ini berlaku. Wang ahli baru akan diberikan kepada ahli lama dan ahli juga digalakkan membuat pembelian ulangan untuk mendapat bulanan RM700.00.

Ahli membuat belian ulangan, bermakna masuk lagi RM3,800.00 ke dalam akaun syarikat dan pusingan diteruskan. Bila dana yang dipusingkan oleh syarikat telah banyak, berkemungkinan besar syarikat akan “menutupkan syarikatnya sendiri” bersama wang anda.

SEBAB 2:

Sedarkan anda bahawa, jika tidak wujudpun produk ceramic ini syarikat tetap boleh teruskan pusingan ini dan produk ini sebenarnya hanya untuk mengaburi Kementerian Perdagangan bahawa syarikat ini ada produk. Itu sahaja.

SEBAB 3:

Syarikat mengatakan bahawa mereka tidak perlukan lesen AJL kerana mereka bukan “Multi Level Marketing” tetapi yang peliknya, ahli ada menerima bonus sehingga level 5.

SEBAB 4:

Jika anda sertai mana-mana pakej, anda dibolehkan untuk tidak mengambil produk dan syarikat tolong jualkan untuk anda. 95% ahli melakukan cara ini. Syarikat tolong jual, syarikat tolong pasarkan, syarikat beli balik dengan anda, Sell Back Policy atau apa-apa sahaja perkataan yang digunakan namun cara dan apa yang berlaku tetap sama.

Katanya.. anda beli dengan syarikat RM3,800.00, syarikat pula tolong jualkan dengan RM4,500.00 dan kembalikan RM700.00 kepada anda.

Atau terms lain pula… anda beli dengan syarikat RM3,800.00, syarikat beli balik dengan 3 kali bayar kepada anda dengan harga RM4,500.00 (RM1,500.00 x 3) dan anda dapat RM700.00.

Cuba anda fikirkan…… jika anda ada produk yang ingin dijual pada harga RM1,000.00 dan kawan anda beli pada harga tersebut (RM1,000.00). Kemudian kawan anda tidak mahu ambil atau tidak boleh jual, maka anda ambil produk tersebut dan jualkan pula dengan harga RM1,200.00 atau lebih sekalipun. Untung RM200.00 dan anda serahkan RM200.00 tersebut kepada kawan anda.

Persoalannya sekarang, kenapa anda nak jual produk tersebut melalui kawan anda? Jika anda boleh jual RM1,200.00 kenapa anda tidak terus sahaja jual kepada orang lain dengan harga RM1,200.00 dan extra untung RM200.00 anda ambil.

Pelik bukan? Ingat.. sememangnya syarikat ini mengatakan konferm 100% akan berikan anda RM4,500.00 dan ini bermakna syarikat garenti dapat jual dengan harga RM4,500.00. Kenapa syarikat ini tiba-tiba ’suka’ mengajak anda sebagai orang tengah dan tiba-tiba mahu berikan anda keuntungan RM700.00 kepada anda?

Kalau syarikat Ceramic ini boleh garenti mereka boleh jual dengan harga RM4,500.00, kenapa mereka mahu menjualkan dulu kepada anda? Lebih menghairankan lagi, mereka tiada masalah untuk beli balik dengan anda.

Sebabnya hanyalah satu, syarikat mahukan RM3,800.00 wang anda untuk di pusingkan dalam Money Game ini.

SEBAB 5:

Ada leader mengatakan syarikat ada beberapa premis di KL, JB yang menjual produk ini. Bila ditanya berapa pula ahli ceramic club ini, jawapannya dalam 15,000 orang.

Jika semua ahli mengambil pakej paling rendah pun iaitu RM900 dan syarikat jual RM1,000.00 maka syarikat perlu membuat sales sebanyak RM15,000,000.00. Cukup ke dengan beberapa premis dan mart nak hasilkan sales banyak ini?

Jika 50% ahli ambil pakej RM3,800.00, maka syarikat perlu membuat sales bernilai RM33,750,000.00.

Logik untuk buat sales sebanyak ini melalui 4 atau 5 premis atau 10 premis sekalipun?

Ingat… syarikat katanya ‘akan menjual’ produk anda ini dalam masa 3 bulan.

SEBAB 6:

Ada leader mengatakan syarikat jual produk ceramic ini ke luar negeri. Namun sampai sekarang syarikat tidak pernah menunjukkan sebarang dokumen eksport, dokumen Kastam dan lain-lain. Jika ada, mana? Berapa Jumlahnya? Ke mana dipasarkan?

SEBAB 7:

Syarikat mengatakan bahawa syarikat tidak pernah mengambil deposit dari peserta atau pelanggan. Jadi bank negara tidak boleh mengenakan sebarang tindakan diatas kesalahan mengambil deposit haram.

Tetapi… anda jangan lupa bahawa, hari pertama hingga hari 29 wang anda berada dengan siapa? Semuanya berada ditangan syarikat.

Jika anda sertai dengan pakej RM3,800.00, hari pertama hingga hari 29 wang anda berada ditangan syarikat. 30 hari kemudian, RM2,300.00 wang anda berada dengan syarikat. 30 hari selepas itu, RM800 duit anda berada dengan syarikat. Adakah ini syarikat tidak pegang atau ambil deposit atau ambil duit anda? Yang pastinya, wang tersebut bukannya berada di tangan atau akaun anda.

Syarikat bermain sorok-sorak melalui chek yang di berikan kepada anda tetapi anda tidak boleh cashkanya selagi belum sampai masanya. Cara yang kedua, syarikat bermain sorok-sorok melalui kononnya syarikat telah menjual produk tersebut dan anda telah membeli produk tersebut sedangkan ramai yang tidak pernah pegang atau tengokpun produk tersebut.

Hanya leader-leader syarikat ini sahaja yang ambil produk sebagai untuk membantu syarikat ini ‘mengaburi’ mata anda. Lagi pun leader ini telah mendapat banyak pendapatan dan ada leader yang di support oleh syarikat.

SEBAB 8:

Ada leader mengatakan bahawa syarikat telah mendapat beberapa anugerah dan ada beberapa orang hebat sertai syarikat ini, maka kita tidak perlu ragui akan kebenaran perniagaan dan sistem syarikat ini.

Cuba anda ingat sedikit masa yang lalu, program Em-Pay dulu juga ada anugerah yang sama dengan anugerah syarikat Ceramic ini dapat dan lihat apa sudah jadi dengan syarikat tersebut? Syarikat tersebut telah ditutup kerana menganjurkan pelaburan haram.

Cuba ingat lagi suatu masa dulu program SwishCash. Siapa yang pernah meyertai program tersebut? Diataranya ialah bekas pengerusi BSKL dan ada juga khabar angin mengatakan menteri juga ada yang meyertainya sehinggakan menteri berkenaan perlu membuat penafian dalam surat khabar. Namun apa sudah jadi dengan SwishCash sekarang? Masih wujud lagi? SwishCash telah tutup.

Kedua-dua contoh syarikat ini telah tutup dan persoalannya ialah siapa yang rugi dan siapa yang untung?

Orang yang rugi ialah pastinya peserta terutama peserta yang baru sertai. Orang yang untung ialah peganjur syarikat. Banyak syarikat yang meganjurkan skim cepat kaya atau Money Game seperti ini telah tahu dan ada yang sememangnya telah merancang bila syarikatnya mahu ditutup. Mereka akan tutup dan jangan terkejut bahawa ada orang syarikat mereka sendiri yang melaporkan kepada kementerian akan kegiatan mereka.

Kenapa? Kerana mereka sememangnya mahukan syarikat mereka ditutup dan akaun bank mereka di freeze untuk mengelakkan syarikat membayar bonus atau faedah kepada peserta. Masa tersebut tokey syarikat ini akan mengatakan: “Bagaimana syarikat mahu bayar kerana akaun bank syarikat kena freez”. Dan jangan lupa akaun yang telah di freeze itu sebenarnya akaun yang telah tiada wang. Awal-awal lagi mereka telah pindahkannya ke akaun yang lain. Kalau ada pun hanyalah sedikit wang sebagai untuk mengaburi Bank Negara.

Jika kena denda, denda maksima biasanya hanyalah 1 juta sahaja sedangkan mereka telah berjaya kumpulkan berpuluh-puluh juta malah ada yang sampai ratusan juta. Sedikitpun tiada masalah untuk membayar denda dan tidak lama lagi tokey ini boleh buka lagi skim cepat kaya atau Money Game yang baru. Mungkin nanti boleh gunakan nama lain sebagai proksi.

Undang-undang seperti ini biasa di Malaysia. Contohnya denda jika sesebuah kilang membuang sisa di tempat yang tidak sepatutnya hanyalah beberapa ribu sahaja sedangkan kos untuk pembuangan yang betul adalah puluhan ribu. Yang mana lebih untung?

SEBAB 9:

Ada leader mengatakan bahawa kenapa tak nak percaya, kami telah mendapat pendapatan hebat setiap bulan. Sememangnya ada yang mendapat 10 ribu, 20 ribu atau lebih sebulan dengan program ini.

Anda jangan lupa, testimoni pendapatan tidak boleh dijadikan bahawa sesuatu bisnes itu baik dan betul. Masih ingat dengan program Pak Man Telo? Swish Cash? dan banyak lagi program lain. Semua program ini juga telah mempunyai testimoni pendapatan yang banyak tetapi tiba-tiba lesap.

SEBAB 10:

Ada leader mengatakan bahawa anda akan dapat voucher Pasar Raya Giant dan kami ada berikan sumbangan komputer kepada sekolah-sekolah.

Anda sememangnya akan mendapat voucher Giant apabila anda membuat kemasukkan semula atau pembelian semula atau re-purches 3 bulan berturut-turut. Pemberian voucher adalah tidak semestinya Ceramic ada bisnes dengan Giant atau Giant iktiraf perniagaan Ceramic ini. Sesiapapun boleh berikan voucher ini jika ada wang. Anda pun boleh berikan voucher ini kepada rakan-rakan anda jika anda ada wang dan memohon dengan Giant. Pemberian voucher ini tidak bermaksud anda hebat dan bisnes anda betul.

Mengenai bantuan komputer dan sebagainya ke sekolah-sekolah luar bandar, kes ini adalah sama dengan Giant. Ada wang sesiapa sahaja boleh derma kepada mana-mana tempat pun. Sekolah terima tidak bermaksud Kementerian Pelajaran iktiraf bisnes Ceramic ini. Ingatlah bahawa wang Ceramic ini adalah wang ahli-ahli yang dipusingkan dalam Money Game ini.

Sebenarnya, Ceramic cuba mengaitkan bisnes mereka dengan Giant dan Sekolah untuk berlindung dengan kementerian. Kononnya Giant pun iktiraf, sekolah pun terima bisnes ini.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, saya menasihatkan agar masyarakat Malaysia tidak terpengaruh dengan syarikat ini. Jangan sertai Ceramic Club. Mereka berselindung dengan kementerian mengatakan bahawa mereka menjual ceramic seedangkan mereka sebenarnya penganjur Money Game. Mereka mengatakan tidak mengambil deposit haram tetapi mengambil wang anda dan berikan chek kepada anda untuk menyelamatkan diri dari tindakan Bank Negara sedangkan mereka sememangnya mengambil wang anda dan pusingkan dalam Money Game ini.

Jangan terpengaruh dengan mereka yang telah mendapat pendapatan ribu-ribu ringgit disini. Jangan sampai nama anda terjejas akibat Ceramic ini. Kawan-kawan lari. Nak balik kampung pun segan, takut. Nak berdepan dengan kawan-kawan pun segan. Yang lebih teruk, ada yang sanggup berhutang dengan bank untuk sertai Money Game ini. Bagi mereka yang telah sertai, hentikan dari mengajak orang lain dari terjerumus. Kasihankanlah adik-adik kita, kasihankanlah kawan-kawan, abang, kakak, pakcik-makcik kita terutama yang baru ingin mencari peluang untuk membuat duit. Ingatlah, sekali kita membuat benda yang tidak baik, ianya masih sukar untuk ‘bayar’ walaupun 10 kali kita membuat kebaikkan.
Fikir-fikirkan dan buatlah kajian sebaik-baiknya. Cuba cari dan tanya kebenaran dengan sebab-sebab yang diberikan diatas dengan sesiapa sahaja yang mengajak anda sertai Ceramic Club. Pasti ramai yang tergagap-gagap nak menjawabnya.

Fikirkan sebaik-baiknya…..

Sekian.

Ingatlah kita semua bahawa:

“Orang yang paling bodoh ialah orang yang terkena patukkan ular yang sama beberapa kali, pada lubang yang sama”

=================================================
Spe nak join bisness jual prepaid contact me atau leh masuk http://jualtopup.com
=================================================

February 15, 2009 Posted Under bisness

26 Responses to “Ceramic Club Money Game?”

  1. Azma says:

    Salam …

    Saya setuju dengan pandangan saudara. Nampak ada lojiknya semua sebab yang saudara berikan. Mengapa saudara tidak ajukan kepada Kementerian yang berkaitan supaya skim “Money Game” yang berselindung dgn product Ceramic ni di tutup.

    Saya dapati ramai dari kalangan bangsa Melayu yang terlibat dgn bisness ni. Sudah menjadi lumrah, bila melihat senang dapat duit maka ramailah yang sertainya. Tidak mustahil, satu hari nanti bila kena tutup, ramai baru tersedar. Oleh itu, sebelum ramai lagi yang kena, saya rasa elok lah saudara ajukan (dgn point saudara) kepada Kementrian yang berkaitan supaya siasatan dapat di jalankan.

    Sekian. Wassalam.

  2. ANNA says:

    oklah.. logik jugak kata2 mamat nie.. tapi, apa kata salah seorng daripada kita call kat giant, jusco, dan bhp untuk bertanyakan samada betul tak dia ada berusan dengan ceramic nie. sebab mustahil mereka jual sukahati aje tanpa usul periksa. kang dituduh pakat, gulung tikarlah mereka. plg kurang pun nama tercemar. dah dpt jawapan nanti postlah kat sini ye. :)

  3. akembeyr says:

    salam…saya setuju dengan apa yang telah diutarakan oleh anda. untuk pengetahuan semua, saya sendiri telah menghubungi bank negara dan bertanyakan tentang ceramic club ini. jawapannya, syarikat ini sedang dalam proses siasatan akhir dan tindakan akan diambil bila-bila masa yang sesuai. beringat sebelum kena. orang melayu memang mudah tertipu dengan skim seperti ini…..adakah kerana kita bodoh? jawapannya…mungkin ya, memang bodoh atau tidak, tapi buat2 bodoh (manala tahu kot2 kaya betul). hakikatnya, bangsa cina (pemilik ceramic club) jugalah yang mengaut jutaan ringgit daripada hasil kebodohan umat melayu yang memang cepat nak kaya tapi malas berusaha. banyak yang terlibat dalam program ni kakitangan kerajaan, khususnya cikgu2, malah ada yang sanggup berhenti kerja semata2 kerana gelap mata. otak dikurniakan allah untuk kita berfikir, gunakanlah otak dengan sebaik2nya sebelum sesuatu langkah diambil, bertanyalah kepada diri, keluarga dan sahabat, akhir sekali tanyalah tuhan kerana hanya Dia yang mengetahui yang terbaik untuk hamba ciptaannya.wassalam.

  4. Haziri says:

    Biasala.. semua orang nk kaya tapi dengan cara yang paling cepat dan paling senang.. tapi senang dapat, senang juga hilang.. Think About It..

  5. ej says:

    Hai, saja je nak tanya, rasanya perbincangan ni dah lama sunyi, mana jawapannya. rasa nya macam tak ada jawapan yang sahih, semua ikut kata hati je kan..

  6. Mohd says:

    Kawan saya pun ada approach saya agar masuk skim ni tapi saya check dulu kat internet kot2 ada maklumat berkenaan skim ni sampai la saya jumpa web ni.. fuh.. sekarang saya lega.. terima kasih kepada author..

  7. konpius says:

    erm…
    betul atau tidak ceramicclub nie scam? masih tertanya2 ade kawan telefon bank negara pasal ceramic nie pihak bank negara cakap die ade kelulusan tapi tengok dalam forum nie macam ceramicclub nie scam la…tapi semacam jer… tak kena banned pun konpius la….

    semoga allah s.w.t tunjukkan ke jalan yang lurus amin…

  8. Haziri says:

    Itu tak pasti la. Tapi apa yang dikatakan itu masuk akal tak bagi korang? Budak2 yang join ceramic pun xleh nak jawab. Jawab setakat melepaskan batuk ditangga adala. Tapi, Kita tak boleh tengok setakat syarikat tu ada kelulusan atau tak. Mungkin dia ada kelulusan bagi meniaga ayam, tapi dia berniaga itik sekali siapa yang tahu? Telah banyak tempat sembelihan yang mempunyai kelulusan dan sijil halal dari kerajaan dan badan yang bertanggungjawab, tapi apabila beroperasi, tidak mengikut apa yang telah digariskan ketika membuat permohonan. Apa yang di tulis disini bukanlah tidak membenarkan anda untuk join tapi kalau nk join tu, fikir dlu betul atau tak apa yang dituliskan? Jangan cari jalan senang untuk kaya. Carilah jalan yang betul dan halal. Cepat dapat, cepat habis. Fikir-fikirkanlah.

  9. Dila's says:

    erm… ni lah masalah org melayu yang tak nak keluar dari kepompong.. Nak bisness tapi takut. Mana2 bisnes pon ade risiko. ada bisnes ceramic susahkan korang??? BNM buat siasatan baru kan? So dont jump to the conclusion berdasarkan apa yang korang tak tahu. Korang tak join aper korang tahu? Tahu kutuk jer. hahah adoi la… Kalau org melayu nak maju kenapa perlu menjatuhkan org melayu sendiri?? Kalau nak tahu kalau CEO CBC tu nak larikan duit kami tak payah 3 tahun dier tunggu la. Tak payah kuarkan duit maintan web sampai 1.5 juta, tak payah bukak cafe, tak payah buat mcm2. Kenapa org Ceramic seramai 40 000 org tak complain??? sebab company kami telus. tak pernah nak tipu. Ada ker ahli kami tak pernah dapat duit seperti yang dikata dan dijanji company?? tak pernah.. so bg yang tak tahu jangan la mengadu domba seolah korang expert sangat pasal ceramic. Tobat la banyak2. Sebabnya fitnah ni dosa die besar dari membunuh. So selagi manusia yang korang fitnah tu tak maafkan korang… Carry la dosa tu sampai kiamat. ok kawan2… Assalamualaikum

  10. Ceramic bukan money games… Program yg dibuat utk bantu ekonomi negara jugak.. utk kemudahan semua ahli CBC.. berbelanja guna voucher.. sape kata masuk ceramic boleh kaya cepat.. meh saya bawak anda jumpa org yg dah masuk ceramic tapi pasif 1 tahun yg lepas.. baru dpt RM650… kaya ke tu.. yg dpt incomes tu sbb dia buat bisnes.. aktif.. bukan duduk diam2 dpt duit… Tidak timbul soal kaum cina yg teraju Ceramic… org melayu kene tipu.. tak de ke org melayu bukak sykt tipu melayu… Rezeki tu datang dr Allah.. bukan saudara yg menentukan.. yg penting berkat…rezeki yg diterima bayar zakat.. Ceramic bantu sekolah2 dgn bantuan komputer.. setahu saya moneygames tak buat mcm tu.. baik buat untung je.. setahu saya Ceramic dah bg lebih dr 12 org penerima sumabangan khairat kematian.. moneygames ada buat mcm tu? moneygames ni sykt pun tk wujud.. owner punt k tau.. ceramic ni terpampang kat ampang tu.. tk perlu nk bisnes main sorok2… Jual prepaid sape tokey…? bukan cina jugak ker? buat ulasan pandang2.. jgn sedap mulut.. nak bisnes.. buat bisnes betul2.. bukan kondem org lain punyer bisnes.. periuk nasi sendiri tu jaga.. Ceramic selama ni tk de masalah.. tp sbb hasad dengki org yg ada kepentingan buat aduan pd BNM supaya Ceramic ni disiasat dan diambil tindakan.. kami masuk ceramic bukan nk kaya sangat pun tp cukuplah sekadar meringankan beban yg ada.. lepas bayar hutang.. kereta,,rumah.. boleh belanja guna voucher wpun ekonomi gawat.. bantu ekonomi negara jugak kan?

  11. Tapi yang anjurkan bisnes MLM sampai ada leader paksa2 cikgu2 buat Loan sampai RM23,000 tu tk de pulak kata moneygames..nak berniaga tak semestinya modal besar buat loan.. kalau fikir logik nk masuk tk de pilihan kene ambik jugak modal RM23,000 sbb tgok upline datang pakai BMW ( melayu kan cepat teruja tgok org pakai kreta besar )… tapi tak tau plan mcmana nk dpt.. bayangkan dah kaur modal RM23,000 tak tau nk jual 10set barang tu.. mmglah dpt barang.. tp itu aniaya org namanya.. lepas tu bayang pun tk nampak.. terkontang kantinglah makcik aku tu nk jual 10set org pun tk nak… tanggung hutang dgn bank tu ape citer…. tak de pulak org sebuk2 nk komplain kat BNM???

  12. Mahathir says:

    Jawab 1
    Apa pun yang ditulis berdasarkan dari pemikiran orang2 yang hasad dan dengki dengan kejayaan orang dari itu awak andaikan perkara yang buruk2 untuk menghasut orang lain . kehidupan anda penoh dengan kepura puraan , harus berhati mendampingi orang saperti anda ,licik dan lidah bercabang .
    Persoalan nya , selama lebeh 2 tahun syarikat beroperasi, syarikat masih di sini , perniagaan bertambah maju , keahlian bertambah , semuanya mendapat bayaran pada tempoh matang tidak seorang pun diantara 40,000 ahli nya yang mengadu tidak dibayar . Syarikat membantu Jadi orang saperti anda dan banyak lagi di luar itu tidak mahu belajar bagaimana memajukan diri malah memilih untuk menfitnah orang . Anda ini di ibarat sudah bodoh sombong pula .
    Jika syarikat hendak lari kemana ? kamu ingat mereka suka hidup dalam buangan .
    Kantor , e-Mart serta Café di seluruh semenanjung bagaimana nak letak ka rumah awak .
    SEBAB 2:
    Ini merupakan andaian dan rekaan anda saja orang tak pun fikir begitu .
    SEBAB 3:

    Siapa pun boleh terima bonus , awak berkerja pun terima bonus , profit sharing DLL .
    Persoalan nya dalam perniagaan ceramic orang di atas mesti juga berkerja untuk mendapat bonus bukan duduk diam , lembu punya susu sapi dapat nama .
    SEBAB 4:
    Perniagaan mesti ada jual dan beli tidak kira kepada siapa anda menjual dan siapa pembeli nya dan berapa harga nya .Persoalan –nya ada perjanjian dan mempunyai resit tanda setuju tampa dipaksa . Jangan merumitkan benak anda mencari dosa .
    Awak yang pandai mereka Money game , kalau money game ada di genting Wang haram …..
    SEBAB 5:
    Anda ini nama saja belajar pandai , tapi bangang ini namanya kan Fracise Sell back keutamaan dalam perniagaan ini Sell Back agreement . Option siapa nak barang ambil barang . Yang nak letak barang satu warehouse kat seluroh e-Mart tu kenapa dah mabok , e-mart bukan tempat simpan stok .
    SEBAB 6:

    Ada leader mengatakan syarikat jual produk ceramic ini ke luar negeri. Namun sampai sekarang syarikat tidak pernah menunjukkan sebarang dokumen eksport, dokumen Kastam dan lain-lain. Jika ada, mana? Berapa Jumlahnya? Ke mana dipasarkan?
    Awak ni belagak macam nvestigator jalanan semua tepi kain orang awak nak tahu , ACM report kat awak ke . Awak ni talam dua muka bahaya
    SEBAB 7:
    Apa awak merepek ni ambil deposit .
    Awak membeli dengan syarikat secara cash dan syarikat pula membeli dengan awak secara ansuran .
    Kalu tak tahu belajar jangan action pandai
    Jawab 8:
    Setahu saya IPC empay wujud , jangan samakan ACM dengan swisscash syarikat perniagaan nya pun tak Nampak , ACM syarikat terpampang , e-mart dan café di seluroh Malaysia telus dan nyata dimata masyarakat .Awak ni bijak menabor fitnah . ACM tidak akan menjadikan anda kaya tapi keselesaan pendapatan itu saja .
    JAWAB 9:
    Kerana awak dengan program awak dan hati awak yang iri itu sampai bila pun tak akan Berjaya tuhan akan tutup pintu rezeki awak bagi jalan mudah untuk mendapat rezeki terkial2 lah awak
    JAWAB 10:
    Dol , sasabuah syarikat gergasi di Asia saperti KFC , Jaya Jusco , Mac Donald , Parksons dan banyak lagi tidak akan menjalin hubungan perniagaan dengan mana pehak kalau keahlian nay hanya 500 atau 1000 oarang , berapa ramai lah ahlinya akan berberlanja di gedung mereka buang masa saja, tapi kalau keahlian hingga 40,000 mana2 syarikat pun tampa di undang akan mempromosikan gedung mereka sumber pendapatan .
    Kesimpulan nya .
    Awak ni masih belum matang untuk mengharungi kehidupan , pemikiran awak penoh hasad dan dengki , cuba memutarbelit dan memperlekeh kan keadaan , yang haram awak halalkan dan halal awak haram kan ,Bertaubat lah selagi dunia belum kiamat bukan kah itu membantu anak bangsa kita , kenapa tidak cadangkan dengan syarikat awak supaya berbuat demikian. Semua yang menyertai ACM senang dah bahgia awak saja yang iri hati mungkin kerana tidak dapat mempengarohi mereka dengan produk awak .Ini bukan cara nya , banyak lagi cara yang diredhai allah .Jika awak tidak mahu menyertai ACM tidak perlu memburukan nya dengan khairat kematian dan pembahagian computer ,Yang teraniaya kita patut bantu dengan cara membangunkan semangat mereka untuk berjuang bukan menindas , segala kejadian dengan kehendak nya .

  13. arey says:

    asalamualikum semua…minta maaf sbb masuk forum kau org yg wat sendiri nie..ok aku ahli ceramic sendiri nak ckp kau org nie..aku join dah 5 bulan. aku rasa ceramic nie xde masalah langsung dalam bisness nie. kami amat berpuas hati ngan system yg dijalankan. sebenarnye ceramic nie bkn menjanjikan kekayaan pada ahlinye tp utk menambahkan pendapatan masing2. dah banyak company yg aku dah dgr plan marketingnye tp ceramic saje yg wat aku dan semua ahli ceramic rasa selamat sbb tiada penipuan yg dilakukan. pasal kes nie adalah perancangan yg telah dibuat oleh pesaing2 kami. semua ahli ceramic berpuas hati ngan company ceramic,tetapi org yg bkn ceramic yg wat cerita ngan BNM. pikir logik la semua ceramic dah 4 anugerah dia dpt. bkn senang nak dpt anugerah nie..syarikat lain ada dpt???cuba ckp kat sy. asia ceramic marketing sdn bhd hebat..kami semua ahli ceramic tetap menyokong ceramic.

  14. arey says:

    wahai haziri amin…sungguh hebat artikel kamu yea. jgn wat fitnah berdosa besar tau. Allah yg berhak menghukum seseorang tue. selagi CBC x didapati bersalah jgn sesekali wat artikel seperti di atas. awk tu ahli ceramic ker? ada kamu dgr rungutan atau aduan dari ahli2 ceramic sendiri ttg syarikat ACM? kalau ada cuma beritau siapa? kamu tau x apa akibatnya kalau seseorang yang membuat fitnah dalam laman blog,kamu boleh di dakwa di mahkamah tau. jangan sampai asia ceramic ambil tindakkan pada kamu. kamu perlu tahu kami tidak akan berpuas hati selagi orang yang melakukan fitnah pada ACM tidak dihukum..negara kita ada undang2,setiap perkara yang memburukkan perniagaan seseorang akan di dakwa. terima kasih..

  15. Bagaimana MELAYU nak MAJU jika setiap org ada sikap PHD… ibarat bukak kedai makan sebelah2… mesti ada pakai “barang”..pelaris… saya mengambil masa 5 bulan selepas menyertai Ceramic ni barulah saya one man show utk sharing dgn kekawan… 5 bulan saya ambik masa untuk mengkaji tentang perniagaan ni,melihat sendiri di mana pejabat dan siapakah ownernyer… saya bukanlah ogr yg terawal menyertai CBC ni… sbb prinsip saya kalau nak berniaga,berniaga betul2.. pendapatan kita bergantung pada komited dan usaha kita dlm mengembangkan perniagaan.. bukan duduk depan komputer tgok graf stock market turun ke naik ke… pengalaman dlm MLM selama 7 tahun pun dah byk mengajar saya bisnes mana yg akan pergi jauh… setahun dlm Uptrend.. saya keluar kerana plan 2 kaki… saya buat betul2.. tp org atas senyum memanjang langsung tk bantu saya kerana saya aktif sampai lah berlaku kaki gajah… dan apa yg saya nmpk bisnes utk menaja bukan jual brg… utk dpt incomes saya perlu bekerja keras menaja dan terus menaja… kemudian saya buat SURECO…tk sampai 6 bulan… kerana saya yakin dgn Syarikat Melayu..tp saya GAGAL kerana tiada kebolehan jual brg kerana terlalu byk persaingan ditambah pula ada masalah dlm pengurusan SURECO pd masa itu,saya sentiasa mencari peluang sehinggalah saya mendapat email mengenai Bisnes RAJAPrepaid…saya join kerana saya tidak pernah putus asa dan patah semangat krana Allah akan memberi rezeki kalau kita terus berusaha,dengan modal yg paling rendah iaitu RM99 utk 1 lot… lebih setahun saya buat wpun capai RM30 ribu sebulan sampai pernah terima 2 bulan berturut2 Rangking 10 Top Sponsor dan 6 Leader terpilih utk Percutian ke Gold Coast Australia… dan akhirnya bisnes makin slow down kerana sistem 2 kaki jugak,kita kene ingat semakin lama semakin membesar..pasaran makin tepu..dan kita kene ingat tidak semua org mampu lakukan seperti yg kita boleh buat.. wpun modal RM99 itu kecil… tp bagi mereka yg berpendapatan rendah mengangga RM99 itu nilai yg amat besar.. sampai hari ini sykt tu masih lagi wujud tapi tiada lagi leader yg nak buat kerana sistem piramid 2 kaki… setahun saya tidak buat apa2…saya ditemukan dgn bisnes IPC Em-pay.. pada mulanya saya kurang yakin..tp pada masa itu mmg keadaan saya perlukan sesuatu perubahan kerana beban hutang yg byk.. saya nekad..modal tak de terpaksa pinjam dgn org tua..lebih setahun saya buat… tp juga sistem 2 kaki… wpun bonus kecil sponsor RM20 dan Pairing RM15..tp buat jugak… paling tertinggi incomes RM16k sbulan.. pada masa itu bersaing dgn investment2 yg lebih besar pulangan yg mmg org tak pandang pada em-pay… akhirnya bulan Nov 2006 keluar di surat khabar senarai sykt2 yg telah di listkan oleh SC diharamkan… masa tu dunia jadi gelap..kerana investment punya hal… em-pay pun terbabit sama kerana pd masa itu terlalu byk aduan ttg Plan B tk dpt.. dan Kad Privilage pun ramai yg tk dpt… tp apa yg mengejutkan saya..sampai hari ini sykt tu masih lg wujud di Cheras…bila saya rujuk dgn kwan di KPDN dan BNM…sykt IPC hanya disiasat dan cuma tersenarai shj… tiada tindakan utk sykt tersebut diarahkan tutup… terkubur semua program2 investment swisscash,ABFund,EAIndex,Fical,Dinar,Iloveuforever,Forex..dan mmg saya tak layan program tu sbb saya yakin kalau pulangan besar mmg tk lama.. tp maklumat yg saya terima mmg program tu telah dirancang awal2 dan bila owner program tak boleh nk pusing duit.. buat report pd SC agar mereka do blog.. jadi itulah alasan mereka… sehingga lah saya jumpa peluang lain itu bisnes Gelang Magnetik Edymium…7 bulan saya maintain… pencapaian pendapatan palign tiggi RM2932 sbulan … tp kos saya utk bisnes ni lebih dr itu..jadi saya rasa sya tk boleh teruskan pernaigaan ni ditambah dgn pasaran gelang murah ..pun sistem 2 kaki.. pairing,,matching.. saya serik dgn program 2 kaki dan saya dah fikir msak2 tak kan terlibat dgn mana2 program atau bisnes yg main 2 kaki..kadang2 modal dgn harga barang tak masuk akal.. sampai lah saya temui peluang dlm Ceramic Business Club.. 5 bulan saya duduk diam study plan buat apa2.. bermula April 2008 barulah saya mula menaja…buat website.. turun padang bantu cara offline..buat talk di hotel2..saya yakin dgn perniagaan ceramic ni kerana setakat Rm50 sbulan utk jadi ahli pasif tidak akan menjadikan seseorang itu kaya…tapi apa yg saya nampak.. kebajikan ahli dijaga melalui Program CCP iaitu Khairat Kematian.. selama ni ada kita jmpa sykt2 nk bagi khairat kematian.. kalau ada pun RM1000 je… tp di CBC melalui perkongsian semua ahli menyumbangkan Rm1 seorang utk ahli yg meninggal.. itu baru adil.. kemudian setiap bulan lebih 2-3 sekolah seluruh Malaysia akan diberi sumbangan komputer tanpa syarat..sekurang2nya ada membantu kerajaan utk pendidikan anak2.. melalui khidmat masyarakat.. setahu saya tak nampak langsung perniagaan ni skim cepat kaya seperti yg dikatakan oleh pihak pesaing… bg saya kalau ada Leader MLM yg boleh bersikap positif.. apa salahnya kita berniaga bersama2.. dpt incomes dlm ceramic dah ada duit tak de masalah nk beli apa pun… penapis air ke.. produk kesihatan ke.. tak perlu nk busuk hati memburuk2kan bisnes org lain sampai menimbulkan masalah dan menjejaskan periuk nasi org lain yg seagama pulak tu.. macam mana org Islam nak maju? Saya bersyukur kerana dlm perniagaan Ceramic wpun ownernyer berbangsa China.. tapi dia boleh bg Umrah PERCUMA pada saya di atas Group Sales yg dicapai melalui Promosi Umrah.. dan saya yakin lebih 20 org ahli Ceramic yg telah mendaftarkan nama pada saya untuk menunaikan Umrah pada tahun depan menggunakan ShoppingPoint Ceramic.. dan saya ada lebih 28,760SP yg saya rancang utk digunakan utk redeem Pakej Umrah tahun depan utk bawak keluarga pergi sama2.. tapi apabila berlaku mcm ni.. dengan serbuan mengejut kpd premis Asia Ceramic.. amat mengejutkan semua ahli2 CBC.. dan saya yakin 100% semua ahli menyokong CBC kerana kami tidak bersalah.. dan tuduhan dibuat oleh desakan dr aduan pihak tertentu yg ada kepentingan… mungkin samada bisnes dia dah slow kerana ramai ahli dlm bisnes mereka dah buat ceramic.. atau sebaliknya.. tapi bg saya ambil jalan positif.. saya tidak melarang ahli2 rangkaian saya nk buat bisnes apa pun, asalkan dia mampu buat.. teruskan.. jgn pandang belakang lagi.. berniaga biar jujur dan telus.. bukan teknik atau cara kotor.. bukan mengalakkan org buat loan semata2 utk join bisnes utk mdptkan bonus penajaan yg besar.. saya sendiri mulakan apa saja bisnes dgn modal yg paling rendah.. buat kerana takut risiko tapi sbb saya bukan pasif.. incomes boleh diperolehi melalui perkembangan network yg kita buat… jadi nasihat saya kpd semua networkers2 seluruh Malaysia termasuk ahli2 Ceramic di bawah rangkaian saya http://www.usahawanceramic2u.com – kita berniaga dgn adil.. buat yg terbaik.. tetapkan iman kalau kita yakin dgn bisnes ni.. biarlah apa pun tuduhan org ke atas kita.. niat kita baik.. Insya-Allah,kita berada di landasan yg betul… muhasabah diri.. bersangka baik.. jgn kondem bisnes org lain kalau kita nk berjaya dlm apa jua bisnes.. salam buat semua….

    TAJUL ASMAWEE CBC JOHOR
    JLG2442,NCC5151

  16. Haziri says:

    Bro, terima kasih kerana berkongsi pengalaman menjalankn perniagaan MLM ni. Artikel ni bukan aku yang tulis, cuba korang suma baca betul-betul ayat atas artikel ni.

    Saya dapat link artikel yang saya rasakan menarik untuk dikongsi bersama anda. Artikel ini di ambil dari blog http://moneygameceramic.blogspot.com/ Saya tak dapat trace back spe author nyer so kalau anda adalah author contact me supaya saya leh letak kredit nama untuk anda. Oleh sebab takut blog ni hilang so saya pastekan keseluruhan artikel ni disini.

    Kepada penulis yang lain2, korang pun satu, bagi la reason yang boleh diterima sikit. Ini reason xde fakta mana boleh nk lawan artikel tu. Reason orang marah yang korang bagi. Nampaknya korang pun xthu kan macam mana sebenarnya sistem CBC beroperasi. Sapai sekarang semua ahli CBC marah-marah pasal artikel ni tapi belum boleh bagi jawapan yang betul lengkap dengan fakta. Jangan jadi macam bisness MLM yang lain yang ahlinya dah dapat untung beribu then dapat tahu haram.. Aku bukan nak cakap CBC ni salah atau nak fitnah CBC (bukan aku pun tulis artikel ni) tapi bila baca artikel ni, buat kita berfikir. Kalau aryikel ni salah, sila balas dengan ayat orang terpelajar. Walaupun ayat dalam artikel ni ada yang pedih (bukan aku tulis) tapi balas dengan lembut. Itu lebih baik. Korang nak join atau tak, aku peduli hapa.. Tapi cuba renung2kn…

  17. Haziri says:

    Ini bukan masalah risiko, tapi adakah program ini betul-betul halal? betulkah ada perniagaan berjalan? Kalau Dila expert, sila jawab semua persoalan yang ditimbulkan dalam artikel tu. Saya tidak menfitnah syarikat CBC dan begitu juga penulis artikel (saya rasa). Tapi ini hanya nak korang berfikir sebelum join. Memang betul orang yang masuk dah dapat pulangan berlipat kali ganda. Kami tak persoalkan yang itu. Kami tidak timbulkan masalah syarikat nak larikan duit korang (Kalau betul xthula). Yang kami ingin anda berfikir sama-sama adalah adalah operasi syarikat ini betul-betul halal? Sekarang makin ramai orang dah pandai buat website sendiri, install script sistem downline dan buat sistem yang langsung tiada perniagaan.

    Duit orang baru masuk diberikan kepada orang atas dan seterusnya. Dengan berlindung dengan memberikan ebook dan perisian yang tidak mendapat persetujuan daripada author sebenar, sistem itu dikatakan mengandungi jual beli walaupun target sebenarnya hanyalah mencari downline dan duit pendaftaran downline akan diberikan kepada upline serta admin website. Sebab kami tak nak carry dosa tu menjadi darah daging la kami ingin mengajak pembaca blog ini berfikir. Jika artikel ini salah, maka buktikan lah yang artikel ini salah. Kami mencari kepastian dan kami ikut apa bagi kami jelas penjelasannya dan boleh diterima akal.

  18. pegaga says:

    Salam..kepada org yg memburukkan ACM diharap lain kali berhati-hati ketika menulis artikal..kerana blog ni ramai org akan baca dan jika tulisan si penulis menjurus kepada kondem bisnes org lain macamana bisnes org lain nak maju..

    Saya sarankan supaya sebelom nak kondem tu harap pegi sendiri ke HQ ACM, di Ampang dan jumpa sendiri dengan tuan punya syarikat..tanya apa yg awak nak tahu..bagi puas hati baru buat komen..jgn terus buat andaian sahaja..terima kasih

  19. hambaAllah says:

    http://www.zaharuddin.net/content/view/451/100/ …mgkn artikel dpt korg wat kesimpulan.. Pandangan seorang expert kewangan.. :)

  20. Wida says:

    Ceramic dah kena serbu pun..

  21. Haziri says:

    Dah kena serbu? So camne? pe result nyer? Story2 la..

  22. assyauq says:

    salam..nak tau sangat2 perkembangan ceramic club ni..klu ada sesiapa yg tau perkembangannya blhlah khabar2kan di sini..

  23. Wida says:

    http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=8&pg=14&ac=1880

    Nasihat saya janganlah letakkan harapan yang tinggi.. nanti kalau jatuh.. berkecai.. jadikan peristiwa ni sebagai pengajaran..

  24. awanbiru says:

    Salam Ramadhan utk semua yg membaca. Ceramic masih terus berjalan. Kpd sesiapa yg tak bminat takyahlah masuk.Sampai nak tanya BNM. Ade sape dlm BNM tu Pak sedara ke?. Saya dah masuk dan masih terus berjalan. Biasalah org melayu tak macam Cina nak buat duit. Tengok org jual nasi lemah maju pun ada yang dengki. Hapuskan sikap phd dlm hati. Sempena Ramadhan berdoalah semoga ape yg dibuat diredahi dan sucikanlah hati orang2 phd ini.

  25. [...] tengok ramai betul komen pasal Ceramic dalam post yang lepas. Saya bukanla nak menghasut orang supaya jangan masuk Ceramic, tapi kita [...]

  26. echabucuk says:

    saya x nampak pun bisnes ceramic ni menguntungkan,mcm bisnes atas angin je!

Leave a Reply