Archive for the “Uncategorized” Category

Perumpamaan Manusia Dan Buah

Jangan suka pamer

Jadilah seperti jagung, Jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak,
Sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu-satunya.


Setia terhadap pasangan


Jadilah seperti pohon pisang.
Kalau berbuah hanya sekali, lalu mati.


Inner beauty


Jadilah seperti durian,

Jangan seperti kedondong .
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis.
Beda dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi didalamnya ada biji yang berduri.


Jaga kesucian dalam bergaul


Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.


Selalu bertindak adil


Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.
Tandan petai membagi makanan sama rata ke biji2 petai-nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.


Semakin tua semakin bijaksana


Jadilah seperti cabai.. Semakin tua,semakin pedas.


Jangan munafik


Jadilah seperti buah manggis. Buah manggis bisa diteka isinya dari bagian bawah buahnya.

Credits : Norazizah Husain (Group anak kedah)

April 9, 2010 Posted Under Uncategorized

Terima kasih TM

Beberapa hari ni internet sangat2 problem kat kilang. Tension ah hidupku tanpa internet. Then call TM helpdesk dia suh guna spedometer kat laman web streamyx. Camne la nak wat sdangkan laman web streamyx pun mcm apa nak bukak. dua hari call lagi(hari ni). Kali ni ckap ngn pompuan lak. “Encik, kami dah check internet kat encik mmg elok. Cuba encik cuba guna modem streamyx bagi(sebelum ni guna LINKSYS). ” Then terpaksa la tukar balik ke modem TM. Tup-tup internet dah elok.. Ish2.. rupa-rupanya memang modem yang problem. Kepada sesiapa yang ada masalah internet tu. cuba dulu tukar modem kepada modem TM. Kalau xdapat gak, call jer.. heheh..

Terima kasih TM

March 27, 2010 Posted Under Uncategorized

PHP class – dSendMail2

Kepada anda yang selalu menggunakan function mail() dalam php, ini pemberitahuan bagi anda. Class dSendMail2 telah keluar yang mempunyai banyak baik pulih pepijat. Bagi yang tidak tahu apa itu dSendMail2, sila baca penerangan dibawah.

Class ini telah direka bagi memenuhi setiap keperluan dalam fungsi menghantar email.

Anda dapat :

-Menghantar mesej melalui SMTP atau fungsi MAIL();

-Hantar mesej melalui pelayan email GMAIL, HOTMAIL atau YAHOO.
-Import/Export fail EML (Outlook)
-Hantar fail HTML (dengan atau tanpa gambar)
-Membina  mesej text atau HTML
-Memasukkan fail di dalam mesej
-Memasukkan gambar
-Optimumkan penghantaran pukal(mesej di hantar dalam 20 mesej sekali hantar bagi mengurangkan bebanan pelayan)

Semua class telah di masukkan di dalam class utama. Hanya satu fail class diperlukan.

All required classes are inside the main class file. Only one class file required, nothing else.

Perhatian : anda perlu mendaftar bagi memuat turun.

March 24, 2010 Posted Under Uncategorized

Komisen affiliate pertama

Commission affiliate pertama

Wah hari ni memang heepy sebab dah dapat claim commission pertama RM 40 dari program affiliate yang saya join. Cepat betul dapat. claim xperlu tunggu lama dah dapat(claim malam pagi check dah dapat). Teruskan menjana pendapatan dengan affiliate.

March 22, 2010 Posted Under Uncategorized

Pengakhiran Kursus Infosys 2009

Jejaka-jejaka Infosys

Jejaka-jejaka Infosys

Berakhirlah sudah program Infosys anjuran Infosys India dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Program yang mengambil masa 2 bulan telah berakhir dengan jayanya. Keseluruhan program adalah menyeronokkan. Ini adalah sedikit gambar sepanjang program berlangsung. Yang selbihnya mungkin akan diuploadkan ke Facebook.

July 6, 2009 Posted Under Uncategorized

Program Infosys – day 7

Hari ini adalah hari ketujuh bagi program Infosys anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Syarikat Infosys. So, what i am i thinking about this program so far? One word can descripe it till this day.. “Great!!”. Program Softskill nyer memang sangat seronok dan penuh informasi. Sekarang, saya tahu banyak mengenai dunia korporat, bagaimana untuk berpakaian, bagaimana untuk menarik perhatian orang dan tak kurang juga penting bagi kita untuk tahu apa yang elok untuk dipakai.

Ini adalah bukan program berasaskn kelas, ini adalah program membuatkan anda berfikir. Berfikir apakah kesinambunganya dengan kehidupan seharian anda. Kalau korang nak tengok gambar, nanti saya akan masukkan. Ini adalah hari terakhir bagi slot softskill. Esok adalah permulaan bagi program teknikal. Belajar bagaimana untuk membina program. :)

May 17, 2009 Posted Under Uncategorized

Lagu Hidupku

Hari ini aku berjalan di tepi pantai.. Berjalan sendirian menikmati alam ciptaan tuhan.. Merasai lembutnya tiupan angin pantai membelai, menyentuh kulitku. Aku berhenti seketika, memandang dalam ke arah laut. Menunggu munculnya sesuatu.. Tetapi apakah yang bakal muncul dari perutmu wahai sang laut.. Apakah engkau sembunyikan segala khazanahmu? Kecantikan mu bukan lah diluar. Kecantikanmu tersembunyi di dalam mu. Keindahan yang tidak dapat ku nikmati setiap masa. Apakah manusia itu juga begitu? Menyembunyikan kecantikan dan ketulusan hatinya dari pandangan mereka yang rakus. Tetapi bagaimanakah bisa ku lihat kecantikan itu? Bagaimana ingin ku nilai ketulusan itu jika kau lindunginya dengan kebencian..

Angin bertiup lagi.. lembut.. sejuk.. sambil berbisik ditelingaku. “Mengapakah engkau seorang diri?. Tidakkah engkau punyai teman bagi menemanimu?”.

Aku tersentak!!. Sang Sunyi yang sejak tadi hanya memandangku dari jauh berlari pantas kearah ku membukakan kedua tangannya seperti ingin memelukku. Apakah patut ku elak pelukannya. Atau apakah aku ingin dipeluknya? Aku pasrah.. Aku hanya mampu melihat ia datang. Memelukku erat.. Pelukan yang amat dingin kurasakan.. Menusuk tajam ke tulang-tulangku.. Angin masih setia menunggu jawapanku. Alam turut diam. Menunggu jawapan kepada soalan yang aku sendiri tiada jwapannya. Sunyi pula membisik kata-kata lembut ketelingaku. Memujukku mengendahkan bisikan sang angin. Pekakkan telingaku supaya daku boleh lupakan segala-galanya.

Tapi bagaimana bisa aku lupakan segalanya? Sedang Kenangan berlari-lari riang didepanku.. Daku kaku dan tidak mampu mengarahkan otot-otot kakiku bergerak pergi. Pergi jauh dari tempat permainan kenangan. Ku hanya mampu memerhatikan kenagan bermain. Kenangan tetiba berdiri diam. Memandangku sayu seperti memahami perasaanku yang mula menitiskan air mata.. Aku tunduk melihat pasir yang memutih dan seputih itu jugalah kulitmu..

p/s: Sambung sendiri.. Hahaha…

February 19, 2009 Posted Under Uncategorized

First day working as operator


Well.. xtahu la tajuk tu sesuai ke tak tapi ble sebut operator jek suma orang pasti terbyang mcam gambar kat atas kan? Walaupun bukan operator betul yang tunggu orang call pjabat, tapi masih lagi kerja menggunakan telefon. Yup telefon cari sponsor.. Actually an intersting job. Kita akan bercakap dengan orang yang tak dikenali hanya melalui telefon, so xleh la nk wat muka comel supaya dia selesa dengan kita. Kena pandai berkata-kata. Jangan sikap cakap sudah..

Sekarang kena kerja keras sikit sebab semester depan sambung satu sem lagi. Mungkin akan kerja diluar UMP kot. Cari pengalaman kerja supaya boleh bukak kedai sendiri. Korang prefer mana? kerja makan gaji ke kerja makan nasi? erm… :D

Kerja makan gaji ni tetap tiap-tiap bulan gaji masuk. Tapi, kena la tahan kna marah dengan bos, nak mintak cuti susah, gaji rendah, tiap-tiap hari kena masuk ofis ngadap kerja or pelanggan.. Atau pun korang nk kerja sendiri. Bukak bisness sendiri.. Yup!! that’s what i’am going to do.. Going to run my own bisness.. Kerja lebih fleksibel. Nak cuti bila-bila masa pun boleh. Rasa-rasa macam nak g melancung tu, suruh pekerja jaga or tutup terus kedai then fly ngan firefly ke mana-mana destinasi.

Apa-apa pun terpulang pada diri sendiri. Kerajaan melalaui kementerian keusahawanan dah banyak bagi kemudahan untuk rakyat Malaysia berniaga. Hanya anda yang pilih nak ambil atau tak.. Macam iklan U-Mobile tu, “Anda tentukan…”

pst:: Mengarutkan post ni. Lantak la..

February 13, 2009 Posted Under Uncategorized

Orang Perempuan Suka Cakap Macam Ni…

Ini adalah entri daripada blog khai. Saya rasakan post ini agak menarik dan korang patut usha..

Saya sokong 100% apa yang ditulis mengikut pengalaman hidup selama 23 tahun dan penglaman bergaul ngn dak2 pompuan ni… Hahaha..

FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah keluar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna “something” dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama ‘LIMA MINIT’ dan diakhiri dengan ‘FINE’.

Lihat sini>>>

February 12, 2009 Posted Under Uncategorized

We were once happy

We were once happy

You were once in love with me
I’m still in love with you

You were once loyal to me
I’am still loyal to you

You were once always replying my SMSes happily
I’am still happy to sms you

February 9, 2009 Posted Under Uncategorized