Dahulu prgram MLM ni memang top. CNI memang nama yang dikenali kerana telah berjaya mengeluarkan jutawan-jutawan di Malaysia. Kemudian, kerana MLM ni dilihat cara yang sangat mudah bagi mendapatkan wang serta mempromosikan barang, semakin ramai syarikat menggunakan nama MLM sebagai modus operasi mereka.
Program yang sepatutnya sah disisi undang-undang dan agama telah di salah gunakan (Dirosakkan) dengan menjual barang-barang yang tidak berkualiti dan mengfokuskan kepada keuntungan semata-mata. Ahli-ahli yang menyertai di kaburi dengan kemewahan yang bakal dicapai dah kualiti produk sudah tidak menjadi agenda. Ramai yang berpusu-pusu melaburkan wang dan masa kerana menginginkan kemewahan yang di janjikan. Seperti biasa bila program yang dilaburkan itu tutup atau gulung tikar, sumpah seranah yang dilemparkan. Memang syarikat itu bersalah tetapi jika dilihat kembali, jika kita tidak tamak, perkara ini tidak akan terjadi.
Sekarang jika sebut MLM, orang sudah berkerut dahi. “hai, mamat ni nak cekau duit aku la ni”.. “Ish dia dah start nak promote dah. nyesal berborak”.. “Bosannyer aku cakap ngan mamat ni. Asyik-asyik citer pasal ni”… dan bermacam-macam lagi ucapan (di dalam hati) yang akan difikirkan oleh orang apabila anda sebut pasal MLM (mesti ada kaki). Kerosakan perkataan MLM ni telah menjadikan program seperti ini sudah tidak boleh diterima pakai lagi bagi membina perniagaa. Jika program MLM ni memang xelok, kenapa tertubuhnya Akta Jualan Langsung oleh kerajaan. Program yang sah telah di “nyah-sahkan” oleh orang-orang yang tidak bertanggung jawab dengan memperkenalkan skim2 cepat kaya yang berselindung di sebalik program MLM.
Program reseller mula mendapat tempat di hati rakyat malaysia yang ingin mencari pendapatan sampingan kerana tidak seperti MLM, anda membeli sesuatu barang dari syarikat asal dan tanpa menggunakan nama syarikat asal, anda boleh menjual produk tersebut dengan harga pasaran atau lebih tinggi dari harga pasaran. Di internet biasanya produk-produk digital (maya) banyak menyediakan program reseller seperti ebook, system, hosting dan sbg.. Seperti MLM, ramai yang ingin mencari duit mudah mengambil terma Reseller ini pula sebagai sasaran terbaru bagi mengaut keuntungan. Mereka mencari produk-produk percuma di internet atau produk berbayar (mungkin di download dari laman perkongsian secara tidak sah) sebagai produk yang boleh di jual semula. Sesetengah produk yang diberikan juga tidak berkualiti (kerana mereka memang tidak fokus kualiti). Matlamat mereka hanyalah sebagai mengaburi mata pembeli di mana mereka ada memberikan produk sebagai bayaran. Sesetengah pembeli juga tidak melihat apa yang diberikan( tidak membaca pun ebook diberikan) kerana fokus mereka juga sama. Mencari duit mudah di internet. Semakin banyak laman-laman web perosak program reseller tumbuh kerana peningkatan celik ICT yang meningkat di negara ini. Dengan menggunakan nama domain yang menjurus kepada apa yang mereka lakukan (duitmudah, rm10jer, rm30, sbg) menarik minat rakyat malaysia yang tidak kira halal haram asalkan dapat duit cara yang mudah. Sesetengah program ini hanya menggunakan tektik Money Gaming iaitu memutarkan duit kepada ahli-ahli yang terdahulu dari yuran ahli baru (seperti dalam program MLM yang tidak sah).
Pertumbuhan program-program yang tidak bermoral ini menyebabkan ramai orang(yang mengambil kira halal haram) takut mencari pendapatan di internet. Kerosakan terma-terma program menjana pendapatan ini akan merosakkan industri perniagaan internet di Malaysia yang dilihat semakin rancak (dengan kemuncilan ramai IM2 yang berjaya dengan cara yang betul).
Program affiliate yang kini antara program no 1 yang boleh diterima oleh rakyat Malaysia juga akan mengalami nasib yang sama tidak lama lagi. Dimanakah ankan berhentinya semua ini…
.jpg)
|
2 – 4 APRIL 2010 (11:00am – 9:00pm)
|
|
Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru, Johor
|
|
Dewan 2020, Kangar, Perlis
|
|
Village Mall, Sungai Petani, Kedah
|
|
Batu Pahat Mall, Batu Pahat, Johor
|
|
|
8 – 10 APRIL 2010 (11:00am – 9:00pm)
|
|
KB Mall, Kota Bharu, Kelantan
|
|
Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu, Terengganu
|
|
|
9 – 11 APRIL 2010 (11:00am – 9:00pm)
|
|
Penang International Sports Arena (PISA), Penang
|
|
Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka
|
|
|
16 – 18 APRIL 2010 (11:00am – 9:00pm)
|
|
Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur
|
|
Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang
|
|
Dewan Perbandaran Taiping, Taiping, Perak
|
|
Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang, Johor
|
|
|
30 APRIL – 2 MAY 2010 (11:00am – 9:00pm)
|
|
Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak
|
|
Dewan Jubli Intan, Muar, Johor
|
|
Permata Car Park, Kuching, Sarawak
|
|
Sibu Trade & Exhibition Centre, Sibu, Sarawak
|
|
Dewan Masyarakat, Sandakan, Sabah
|
|
|
7 – 9 MAY 2010 (11:00am – 9:00pm)
|
|
Dewan Merdeka, Seri Manjung, Perak
|
|
Dewan Suarah, Bintulu, Sarawak
|
|
Miri Indoor Stadium, Miri, Sarawak
|
|
1 Borneo, LG Car Park Exhibition Hall, Kota Kinabalu, Sabah
|
|
Dewan Masyarakat, Tawau, Sabah
|
|
Source : http://pikom.org.my/cms/General.asp?whichfile=PC+Fair+InfoCentre&ProductID=22461&CatID=12
Hari ni dah selesai proses memindahkan laman web haziriamin.com ke hosting baru iaitu jomhosting.net.
Kenapa tukar ke jomhosting.net?
Erm soalan ni mesti korang akan terfikir kan? sebenarnya dulu haziriamin.com di hostkan di sempoihosting.com yang menyediakan pelan pembayaran yang sangat menarik iaitu mengikut berapa MB yang anda gunakan. so just beli ngikut brapa bnyak yang diperlukan dan tidak perlu bayar lebih. Setelah setahun di hostkan disitu, laman ini sudah sedia untuk di muatkan dengan artikel2 yang banyak dan memerlukan ruang simpanan yang lebih. Sempoihosting.com adalah tidak praktikal bagi anda yang mempunyai blog atau laman web yang dinamik dan sentiasa mempunyai content baru atas sebab space bertukar menjadi mahal jika anda gunakan banyak. Jika anda ingin membina minisite, saya saranakan anda letakkan di sempoi hosting. dengan RM 10 atau kurang, anda sudah boleh meletakkan laman web anda.
Berkenaan jomhosting pula, laman ini dipunyai oleh anak melayu yang masih muda lagi dan menawarkan pakej yang paling murah dan menarik buat masa ini. Dengan RM10, anda mendapat 100mb setahun dan segala features yang ditawarkan oleh hosting lain dengan harga yang lebih tinggi. Support pula adalah cepat dan mesra. Anda boleh hostkan bnyak laman web dalam satu hosting walaupun membeli pakej yang paling murah (RM10).
Ini adalah review bagi satu artikel yang saya baca di wangcyber.com hasil nurkilan saudara Mohd Suhaimy(Shuth). Saya amat bersetuju dengan hasil tulisan saudara shuth kerana saya dapat lihat trend website cari duit di malaysia sekarang ni bertulang belakangkan sistem piramid. Apa itu sistem piramid? itu ada diterangkan oleh brother shuth tapi dengan kata mudah sistem piramid adalah sistem dimana tiada produk yang dijual untuk mendapat untung(kalau ada pun produk sampah sahaja) dan ahli MESTI mencari orang bawah untuk mendapat duit. Kira program Tipu Menipu (TM) la ni.
Tapi masih ramai yang terjebak dalam program sebegini. Setiap hari, pasti saya akan mendapat email bagi mengajak menyertai program2 skim cepat kaya sebegini(kerja saya buka email mendelete email2 sampah ini). Dah letih nak block tapi alamat email tu bertukar2. Kepada newbee yang ingin mencari duit di internet tu saya nasihatkan jangan la join sistem2 macam ni kerana silap2 haribulan terkena. Ala setakat gambar transaksi tu saya boleh jer edit guna photoshop bagi nampak angka berjuta-juta ringgit. Untuk permulaan cari la sistem reseller yang sah. Boleh cari2 di laman web wangcyber.com IM malaysia kebanyakan akan meletakkan promosi produk mereka disini.
Dalam artikel ini anda akan didedahkan cara bagaimana untuk mengenali sistem itu adalah piramid atau tak dan paling penting kenapa anda ditegah dari join. Bukan suka2 xnak bagi korang masuk.
Okeh boleh baca artikel ni :
Malam ni saya cuba daftarkan no kakak saya pada website maxis (Hotlink.com.my) password sementara telah berjaya dapat tapi ada masalah plak bila masukkan password sementara ni, website tu mintak saya tukar password then saya masukkan password yang baru. Sistem terus logout saya. Saya terpinga2 kenapa sistem terus logout. Then saya cuba gunakan password baru tapi sistem masih lagi mintak saya masukkan password baru (W.T.H.?) Then bila masukkan semula password baru, sistem keluarkan saya sekali lagi. Saya cuba masuk 3x then sistem terus lock account kakak saya tadi. Satu2nya nak verifykan akaun tadi adalah dengan memasukkan no phone kakak saya then jawab secret question. Macam mana nak masukkan secret question kalau xpernah buat pun masa daftar. Apa ni syarikat besar pun boleh de masalah sistem online macam ni ke?
Saya nk tengok statement akaun kakak saya kerana credit asyik berkurang jer tak tahu kemana. Mungkin sebab sistem pengendalian maxis memang ada masalah kot. Nasib baik saya dah bertukar ke Celcom(ada prob gak tapi ok la ckit sbb credit tak expired sampai umur 25). Sebenarnya masalah ni saya pernah kena dah masa nak daftarkan no sepupu saya. Yang itu lagi teruk memang xdapat register terus. Nak call center? lagi la habis credit. Celcom boleh jer buat call center free kenapa maxis yang mempunyai pengguna ramai dan iklan macam-macam kat tv xleh bagi free pengguna nak call center?
Tengah merancang untuk beli printer 3in1 baru kat PC fair. Printer sekarang tak berbaloi beli head baru. So ini adalah jadual PIKOM PC Fair bagi kali kedua tahun 2009.
31 July – 2 August 2009
- KL Convention Centre, Kuala Lumpur – Kuala Lumpur City Centre, 50888 Kuala Lumpur
- Village Mall, Sungai Petani – Kedah
- Dewan Perbandaran Taiping – Perak
- Batu Pahat Mall, Batu Pahat – Johor
7 August – 9 August 2009
- Penang International Sports Arena, Penang – Jalan Tun Dr Awang, 11900 Relau
- Mahkota Parade Melaka, Melaka – Jalan Merdeka, 75000 Bandar Hilir
- Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu – Sabah
- Berjaya Megamall, Kuantan – Pahang
13 August – 15 August 2009
- KB Mall, Kota Bharu – Kelantan
- Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu – Terengganu
14 August – 16 August 2009
- Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru – Jalan Abdullah Ibrahim, 80000 Johor Bahru
- Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak – Jalan Ghazali Jawi, 31400 Ipoh
Source :
Jayce Ooi’s Paradise
Pernah tak nampak popup error “Cannot delete file!” masa korang nak delete file atau cuba nk ubah file. Kebiasaannya kita perlu restart komputer terlebih dahulu kemudian barulah boleh file tersebut. Ini kerja yang sangat sukar. Bayangkan kalau korang cuba nk delete file dengan segera. takkan nk tunggu restart windows. Then camne lak kalau de banyak file yang nk delete.
Kenapa sebenarnya xleh nk delete file ni? Sebenarnya apabila kita run, baca, tulis atau guna sesuatu file dalam komputer, file tersebut akan dipegang oleh aplikasi tertentu dan menghalang file tersebut daripada di delete oleh user. Komputer akan mengambil masa untuk melepaskan file tersebut daripada aplikasi tertentu.
So ini adalah penyelesaiannya.. Aplikasi percuma Unlocker oleh Cedrick ‘Nitch” Collomb. Aplikasi ni sangat senang untuk digunakan dan paling penting free..
Ia bukan saja boleh digunakan untuk delete file yang tidak boleh di delete, tetapi juga boleh release external drive atau pendrive korang yang xleh nk eject.


Download : Unlocker 1.8.7
Website : http://ccollomb.free.fr/unlocker/
Phising/penipuan bagi online banking Maybank adalah perkara biasa dan saya telah mendapat lebih daripada 100 email spam memberitahu supaya verify account saya. Tapi sebentar tadi saya mendapat satu email baru dan saya sangat respect orang yang buat email tu sebab saya sendiri hampir ditipu olehnya. Email tersebut jika korang lihat URL/Link untuk login tu memang betul link ke website maybank dan sebenarnya ia memang betul pun.
Mungkin Ramai yang tak tahu tentang photoshop action script ni. Untuk pengenalan, Photoshop action script ni adalah rakaman bagi apa yang dilakukan dalam Photoshop. Tak kiralah anda delete, buat page baru dan buat apa saja, ia akan dirakam dan perbuatan tersebut boleh dimainkan semula sama seperti apa yang anda lakukan sebelum ini. Contoh penggunaan adalah jika anda seorang designer ebook. Unutk menghasilkan satu ebook berkualiti akan mengambil masa berminggu. Dan jika anda tersilap design, anda perlu mengulangi semula segalanya bermula dari awal. Jadi, Action script ini dapat membantu anda. Anda hanya perlu ubah design dan klik pada butang “Play”, Ebook tersebut siap serta merta. Yup amat mudah.
Action script ini bukan hnya untuk ebook sahaja. Banyak lagi peerkara boleh dilakukan menggunakan action script ini. Di bawah saya senaraikan Action script yang Percuma dan berbayar jika berminat. Senarai ini akan ditambah dari semasa ke semasa. Jadi pastikan anda selalu berkunjung ke laman ini.
Tukarkan ini >>

Kepada Ini>>


**Contoh diatas menggunakan Action script percuma daripada AbsoluteCovers.com
Percuma :
AbsoluteCovers.com – Ebook Cover
AbsoluteCovers.com – Software Box
ecoversuiteelite.com – 3D Vista Software Box
Berbayar:
http://www.ecoverjualan.com/
http://www.grafikjualan.com/