Archive for the “info” Category

Jadual PIKOM PCFair 2010

PIKOM PC Fair 2010


2 – 4 APRIL 2010 (11:00am – 9:00pm)
Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru, Johor
Dewan 2020, Kangar, Perlis
Village Mall, Sungai Petani, Kedah
Batu Pahat Mall, Batu Pahat, Johor
8 – 10 APRIL 2010 (11:00am – 9:00pm)
KB Mall, Kota Bharu, Kelantan
Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu, Terengganu
9 – 11 APRIL 2010 (11:00am – 9:00pm)
Penang International Sports Arena (PISA), Penang
Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka
16 – 18 APRIL 2010 (11:00am – 9:00pm)
Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur
Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang
Dewan Perbandaran Taiping, Taiping, Perak
Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang, Johor
30 APRIL – 2 MAY 2010 (11:00am – 9:00pm)
Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak
Dewan Jubli Intan, Muar, Johor
Permata Car Park, Kuching, Sarawak
Sibu Trade & Exhibition Centre, Sibu, Sarawak
Dewan Masyarakat, Sandakan, Sabah
7 – 9 MAY 2010 (11:00am – 9:00pm)
Dewan Merdeka, Seri Manjung, Perak
Dewan Suarah, Bintulu, Sarawak
Miri Indoor Stadium, Miri, Sarawak
1 Borneo, LG Car Park Exhibition Hall, Kota Kinabalu, Sabah
Dewan Masyarakat, Tawau, Sabah

Source : http://pikom.org.my/cms/General.asp?whichfile=PC+Fair+InfoCentre&ProductID=22461&CatID=12

April 1, 2010 Posted Under info, komputer

haziriamin.com bertukar hosting

Hari ni dah selesai proses memindahkan laman web haziriamin.com ke hosting baru iaitu jomhosting.net.

Kenapa tukar ke jomhosting.net?

Erm soalan ni mesti korang akan terfikir kan? sebenarnya dulu haziriamin.com di hostkan di sempoihosting.com yang menyediakan pelan pembayaran yang sangat menarik iaitu mengikut berapa MB yang anda gunakan. so just beli ngikut brapa bnyak yang diperlukan dan tidak perlu bayar lebih. Setelah setahun di hostkan disitu, laman ini sudah sedia untuk di muatkan dengan artikel2 yang banyak dan memerlukan ruang simpanan yang lebih. Sempoihosting.com adalah tidak praktikal bagi anda yang mempunyai blog atau laman web yang dinamik dan sentiasa mempunyai content baru atas sebab space bertukar menjadi mahal jika anda gunakan banyak. Jika anda ingin membina minisite, saya saranakan anda letakkan di sempoi hosting. dengan RM 10 atau kurang, anda sudah boleh meletakkan laman web anda.

Berkenaan jomhosting pula, laman ini dipunyai oleh anak melayu yang masih muda lagi dan menawarkan pakej yang paling murah dan menarik buat masa ini. Dengan RM10, anda mendapat 100mb setahun dan segala features yang ditawarkan oleh hosting lain dengan harga yang lebih tinggi. Support pula adalah cepat dan mesra. Anda boleh hostkan bnyak laman web dalam satu hosting walaupun membeli pakej yang paling murah (RM10).

April 1, 2010 Posted Under info, komputer, website

Review : Panduan Pemilikan Handphone Termurah

Ini adalah review bagi ebook terbaru dipasaran. Seperti yang semua sedia maklum handphone sekarang bukan lagi barang mewah yang menjadi barang impian setiap orang (tidak termasuk handphone terbaru yang canggih2). Handphone sudah menjadi keperluan dalam hidup. Budak-budak sekolah rendah pun dah pakai handphone Nokia N85 (canggih tu). Setiap perkara baru pasti akan timbul masalah pulak. So sekarang saya rasa semua orang pun sedia maklum apa masalah bagi yang akan/sedang/sudah menggunakan handphone. HARGA HANDPHONE YANG MAHAL! betul tak?

Ketika saya sedang melayari internet, saya terjumpa ebook yang menarik dan ingin saya kongsikan bersama pembaca. Apa yang saya jumpa dan menarik ni? erm.. So kita berbalik kepada permasalah tadi. Masalah kita semua adalah harga handphone yang mahal kan? so saya jmpa bagaimana untuk membeli handphone dengan harga yang lebih murah yang ditulis oleh saudara Azman Ab Rahman.

Betul ke ni? Secara jujurnya saya belum boleh jawab soalan itu kerana saya pun belum baca lagi. Saya akan dapatkan ebook tersebut hari ini dan setelah saya membacanya, saya akan berikan komen yang sepatutnya untuk dikongsikan bersama pembaca semua.

Bagi yang ingin membaca juga ebook tersebut sila klik pautan ini. Bagi sesiapa yang juga telah membaca ebook ini sila kongsikan komen anda disini.

November 28, 2009 Posted Under bisness, ebook, handphone, info

Jadual PIKOM PC FAIR 2009 Ke-2

Tengah merancang untuk beli printer 3in1 baru kat PC fair. Printer sekarang tak berbaloi beli head baru. So ini adalah jadual PIKOM PC Fair bagi kali kedua tahun 2009.

31 July – 2 August 2009

  • KL Convention Centre, Kuala Lumpur – Kuala Lumpur City Centre, 50888 Kuala Lumpur
  • Village Mall, Sungai Petani – Kedah
  • Dewan Perbandaran Taiping – Perak
  • Batu Pahat Mall, Batu Pahat – Johor

7 August – 9 August 2009

  • Penang International Sports Arena, Penang – Jalan Tun Dr Awang, 11900 Relau
  • Mahkota Parade Melaka, Melaka – Jalan Merdeka, 75000 Bandar Hilir
  • Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu – Sabah
  • Berjaya Megamall, Kuantan – Pahang

13 August – 15 August 2009

  1. KB Mall, Kota Bharu – Kelantan
  2. Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu – Terengganu

14 August – 16 August 2009

  1. Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru – Jalan Abdullah Ibrahim, 80000 Johor Bahru
  2. Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak – Jalan Ghazali Jawi, 31400 Ipoh

Source :

Jayce Ooi’s Paradise

July 19, 2009 Posted Under info, komputer

Hati-hati membeli tepung gandum

Daripada: Saiful Anuar <anuar_ambg[at]yahoo. com>
Kepada: 05e <05e_dagang[at]yahoogro ups.com>
Dihantar: Sabtu, 31 Januari, 2009 5:37:21
Subjek: [Kelakar] Tepung gamdum??

Hidup lebih sihat tanpa tepung gandum putih (bleached). Beberapa bulan kebelakangan ini saya memang tersangat sibuk dan memenatkan. In sya-Allah hujung November saya dapat berehat dan dapat menulis lebih banyak artikel. Dua hari lepas alhamdulillah saya dan isteri dapat berkunjung ke rumah kakak sulung saya.
Kakak saya ini sudah uzur maklumlah usia sudah melebihi 60 tahun. Abang ipar saya sudah berusia 68 tahun tetapi alhamdulillah kelihatan masih segak. Kakak dan abang ipar saya ini tinggal di Felda dan menjalankan kedai runcit di hadapan rumahnya. Dalam kunjungan saya kali ini, saya terserempak dengan satu pasangan yang juga bertamu ke rumah kakak saya ini. Pasangan ini dari kalangan orang berada berjawatan besar dan memandu
kereta mewah.
Apa yang ingin saya ceritakan di sini ialah berkenaan tetamu sang suami. Sang suami yang saya namakan Mr Y ini adalah orang penting di salah sebuah kilang pengeluar tepung gandum. Dengan kesempatan yang diberikan Allah SWT ini, saya mengambil peluang untuk bertanya berbagai soalan berkenaan tepung gandum.. Maklumat pertama yang saya perolehi dari Mr Y ini ialah bahawa tepung gandum bersubsidi adalah dari jenama Cap Kunci yang boleh dibeli di pasaran dengan harga sekitar RM1.45 manakala tepung dari jenama lainnya adalah tidak bersubsidi dan dijual pada harga sekitar RM2.80.
Apa yang saya ingin kemukakan sebagai satu persoalan ialah mengapakah rakyat marhaen tidak berpeluang untuk membeli tepung Cap Kunci ini?
Pekedai terutama pekedai kecil yang memerlukan tepung Cap Kunci untuk membuat roti canai juga menghadapi masalah besar untuk mendapatkannya di
pasaran. Agaknya siapakah yang berjaya membeli tepung Cap Kunci ini??

February 2, 2009 Posted Under info