Archive for November, 2009

Review: Kehancuran Program Reseller

Ini adalah review bagi satu artikel yang saya baca di wangcyber.com hasil nurkilan saudara Mohd Suhaimy(Shuth). Saya amat bersetuju dengan hasil tulisan saudara shuth kerana saya dapat lihat trend website cari duit di malaysia sekarang ni bertulang belakangkan sistem piramid. Apa itu sistem piramid? itu ada diterangkan oleh brother shuth tapi dengan kata mudah sistem piramid adalah sistem dimana tiada produk yang dijual untuk mendapat untung(kalau ada pun produk sampah sahaja) dan ahli MESTI mencari orang bawah untuk mendapat duit. Kira program Tipu Menipu (TM) la ni.

Tapi masih ramai yang terjebak dalam program sebegini. Setiap hari, pasti saya akan mendapat email bagi mengajak menyertai program2 skim cepat kaya sebegini(kerja saya buka email mendelete email2 sampah ini). Dah letih nak block tapi alamat email tu bertukar2. Kepada newbee yang ingin mencari duit di internet tu saya nasihatkan jangan la join sistem2 macam ni kerana silap2 haribulan terkena. Ala setakat gambar transaksi tu saya boleh jer edit guna photoshop bagi nampak angka berjuta-juta ringgit. Untuk permulaan cari la sistem reseller yang sah. Boleh cari2 di laman web wangcyber.com IM malaysia kebanyakan akan meletakkan promosi produk mereka disini.

Dalam artikel ini anda akan didedahkan cara bagaimana untuk mengenali sistem itu adalah piramid atau tak dan paling penting kenapa anda ditegah dari join. Bukan suka2 xnak bagi korang masuk.

Okeh boleh baca artikel ni : Read the rest of this entry »

, ,

No Comments

Maxis perlu baiki system online

Malam ni saya cuba daftarkan no kakak saya pada website maxis (Hotlink.com.my) password sementara telah berjaya dapat tapi ada masalah plak bila masukkan password sementara ni, website tu mintak saya tukar password then saya masukkan password yang baru. Sistem terus logout saya. Saya terpinga2 kenapa sistem terus logout. Then saya cuba gunakan password baru tapi sistem masih lagi mintak saya masukkan password baru (W.T.H.?) Then bila masukkan semula password baru, sistem keluarkan saya sekali lagi. Saya cuba masuk 3x then sistem terus lock account kakak saya tadi. Satu2nya nak verifykan akaun tadi adalah dengan memasukkan no phone kakak saya then jawab secret question. Macam mana nak masukkan secret question kalau xpernah buat pun masa daftar. Apa ni syarikat besar pun boleh de masalah sistem online macam ni ke?

Saya nk tengok statement akaun kakak saya kerana credit asyik berkurang jer tak tahu kemana. Mungkin sebab sistem pengendalian maxis memang ada masalah kot. Nasib baik saya dah bertukar ke Celcom(ada prob gak tapi ok la ckit sbb credit tak expired sampai umur 25). Sebenarnya masalah ni saya pernah kena dah masa nak daftarkan no sepupu saya. Yang itu lagi teruk memang xdapat register terus. Nak call center? lagi la habis credit. Celcom boleh jer buat call center free kenapa maxis yang mempunyai pengguna ramai dan iklan macam-macam kat tv xleh bagi free pengguna nak call center?

, ,

No Comments

Review : Panduan Pemilikan Handphone Termurah

Ini adalah review bagi ebook terbaru dipasaran. Seperti yang semua sedia maklum handphone sekarang bukan lagi barang mewah yang menjadi barang impian setiap orang (tidak termasuk handphone terbaru yang canggih2). Handphone sudah menjadi keperluan dalam hidup. Budak-budak sekolah rendah pun dah pakai handphone Nokia N85 (canggih tu). Setiap perkara baru pasti akan timbul masalah pulak. So sekarang saya rasa semua orang pun sedia maklum apa masalah bagi yang akan/sedang/sudah menggunakan handphone. HARGA HANDPHONE YANG MAHAL! betul tak?

Ketika saya sedang melayari internet, saya terjumpa ebook yang menarik dan ingin saya kongsikan bersama pembaca. Apa yang saya jumpa dan menarik ni? erm.. So kita berbalik kepada permasalah tadi. Masalah kita semua adalah harga handphone yang mahal kan? so saya jmpa bagaimana untuk membeli handphone dengan harga yang lebih murah yang ditulis oleh saudara Azman Ab Rahman.

Betul ke ni? Secara jujurnya saya belum boleh jawab soalan itu kerana saya pun belum baca lagi. Saya akan dapatkan ebook tersebut hari ini dan setelah saya membacanya, saya akan berikan komen yang sepatutnya untuk dikongsikan bersama pembaca semua.

Bagi yang ingin membaca juga ebook tersebut sila klik pautan ini. Bagi sesiapa yang juga telah membaca ebook ini sila kongsikan komen anda disini.

No Comments