Archive for October, 2009

Hai-O Marketing

Wa.. dah lama tak update blog ni. Sekarang sangat2 sibuk dengan PSM(Projek Tahun Akhir) sendiri dan kawan-kawan nyer. Ramai datang menuntut ilmu.. Apa yang termampu saya bantu, saya cuba yang mana tak dapat bantu mintak maaf kerana belum tahap saya lagi.

Saya tengok ramai betul komen pasal Ceramic dalam post yang lepas. Saya bukanla nak menghasut orang supaya jangan masuk Ceramic, tapi kita sama-sama berfikir. Kalau rsa betul, join la. Kalau was-was tu baik jangan. Apa yang kita makan akan menjadi darah daging sendiri. So biarla sumber tu datang dari sumber yang halal. Sama-sama kita menjaganya.

Kali ni saya nak ajak pembaca semua berfikir pasal satu lagi MLM yang top dimalaysia yang telah melahirkan ramai jutawan melayu. Saya rasa pembaca yang berminat join MLM ni mesti tak asing lagi dengan nama Hai-O Marketing yang memperkenalkan produk penapis air yang ditayangkan di TV3 dan juga pakaian dalam wanita sebagai produk tunjang perniagaan. Kepada sesiapa yang mempunyai pengalaman join tu boleh la komen kat cni. Kita kongsikan bersama-sama.

Hai-O ni mempunyai banyak group-group yang bergiat aktif menjalankan perniagaan dan mencari ahli. Ramai yang merungut kerana dikatakan ditipu untuk membuat pinjaman bank berpuluh ribu dan barang tidak terjual. So saya pun berpeluang berborak dengan salah seorang ahli Hai-O yang berpangkat DDM(Pangkat kedua tertinggi dari Kumpulan 369). Saya ajukan soalan ni kepada beliau. Sebenarnya, dalam Hai-O anda tidak diwajibkan untuk bermula dengan modal sehingga puluhan ribu. Anda boleh bermula dengan hanya RM100 sahaja. Tetapi bonus adalah sedikit. Jadi jika anda ingin mendapat bonus yang tinggi, bermulalah dengan modal yang besar. Tetapi jika anda tidak ada pengalaman atau takut tertipu atau tidak dapat menjual barang tu, mulakan dengan modal kecil. Jangan tamak untuk mengejar bonus besar jika anda tidak mampu dan belum mahir lagi selok belok perniagaan.

, , ,

No Comments